Judul : ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO
link : ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO
ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO
Pas menjunjung kasih, ucap terima kasih kepada PKR
SHAH ALAM - Pas menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR berhubung pengekalan penyertaan Pas dalam pentadbiran Selangor.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, sepertimana yang pihaknya telah pertegaskan sebelum ini, bahawa keputusan untuk putus tahaluf politik adalah yang berkaitan dengan persediaan menghadapai pilihanraya yang akan datang dan tidak berkait dengan urustadbir kerajaan negeri.
"Pas Selangor juga mengambil pendirian bahawa putus tahaluf bukan bermakna putus silaturrahim, putus setiakawan, putus hubungan kerjasama dalam melakukan kebaikan (Taawun). bahkan akan terus memperkukuhkannya.
"Pas Selangor melalui 3 Exco dan 10 wakil rakyatnya akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan meneruskan kesetiaan dan khidmat cemerlang mereka bersama dengan Menteri Besar dan kesemua exco dan wakil rakyat kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Selangor perkenan kekal tiga Exco Pas]
[ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah setuju pendekatan Azmin]
Menurut Sallehen lagi "apa yang penting bagi kami, kepentingan rakyat dan kestabilan politik adalah keutamaan yang tiada tukar gantinya."
Mengulas lanjut, Sallehen berkata, menyedari terhadap demografi masyarakat negeri Selangor, Pas akan terus menggunakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menghadapi situasi yang mendatang.
"Berpolitik secara santun, berpolitik secara hujjah bukan sumpah seranah, berpolitik secara rasional dan bukan emosional adalah antara keperluan bagi memastikan kestabilan kerajaan tercapai," katanya.
Demikianlah Artikel ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO
Sekianlah artikel ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADA YANG MENYINGA ! TAK DAPAT JADI EXCO dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/ada-yang-menyinga-tak-dapat-jadi-exco.html