Kos Perbelanjaan ke Kuching

Kos Perbelanjaan ke Kuching - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kos Perbelanjaan ke Kuching, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kos Perbelanjaan ke Kuching
link : Kos Perbelanjaan ke Kuching

Baca juga


Kos Perbelanjaan ke Kuching

Itinenary dan kos perbelanjaan secara ringkas.


Bersama dengan Dr Nassier yang kini berkhidmat di Melbourne,Australia. Kembali bercuti selama tiga minggu. (17hb April, 2017 sehingga 5hb Mei,2017). Kami ke Bako National Park. 

 Naim dan Dr Nassier.  Percutian dalam negeri ke kuching. 


Tim Cannon, kawan Dr Nassier dari Bendingo, Victoria, Australia.

19 April 2017 (Rabu)

Flight 11.40 pagi  &  1.30 tengah hari tiba di Kuching.

Pengangkutan dari airport ke hotel : Perkhidmatan Uber,  lebih kurang RM 9.00 atau naik teksi berkupon dari Airport Kuching ke hotel. Harga Standard : RM26.00

Tinggal di Abell Hotel, 22 Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching,Sarawak. 

Aktiviti : berjalan-jalan di Waterfront Kucing dan naik bot Penambang ke Kampung Boyan.

20 April (Khamis)

8.00 pagi :Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Bako. (45 minit). Perjalanan adalah dari Kuching ke Jeti Bako dan Bako National Park. 10.00 pagi : Mula tracking (Route : Teluk Pandan Kecil). Dari jeti Bako ke Bako National Park adalah kira-kira 30 minit dengan menaiki bot.  Masa untuk trekking adalah 2 jam.  Latar belakang : Gunung Santubong. Bot terakhir adalah jam 3.00 petang.  4.30 petang : Bertolak ke Kuching. Berhenti di Jambatan Sungai Santubong. Ambil gambar Latar belakang Gunung Santubong. Kan Misi kita menjejak Puteri Santubong. Puteri Sejinjangi penjaga gunung negeri Sarawak.

Park Fee : RM10.00  Tambang boat : RM30 (dua hala) campur RM35 (ke Sea Stack mercu tanda bako National Park).

Kita mulakan perjalanan dengan bot dari Jeti Bako ke Sea Stack. Lepas itu, ke Teluk Pandan Kecil. Hiking bermula di sini mengambil masa kira-kira 2 jam untuk kembali ke HQ.

Kita akan sewa kereta kancil dan boleh tinjau di mudah.com. Kami telah menempah Kancil (RM60). Book dengan Cik Amelia Lee (0168096635).

21 April (Jumaat)

8.00 pagi : Sarapan pagi. 8.30 pagi : Bertolak ke Semenggoh Wildlife Center (45 minit) Bertemu dengan Orang Utan. 9.00 pagi acara bagi makan Orang Utan. Waktu terbaik untuk melawat adalah antara bulan Mac hingga April setiap tahun. Fee kemasukan adalah RM5.00. 

12.00 tengah hari : Melawat ke Muzium Kuching, Taman Orkid, Kuching, Astana ,Sarawak ,State Assembly Building, dan Fort Margaritha 

Malam : Naik bot Penambang ke Kampung Boyan dan lepak di sana.



22 April (Sabtu)

Pagi :  Lepak di Hotel Abell, Kuching dan membeli kek lapis Mira di Kampung Boyan.


5.00 petang : River Cuisine di sepanjang Sungai Sarawak menikmati matahari terbenam.

8.00 malam :Top Spot Food Court Kuching belanja RM70.00 untuk 4 orang. Minum untuk 4 orang 10.00. Seorang adalah RM20.00. Murah dan berbaloi. 

Set waze/ goggle map ke UTC Sarawak. Bangunan UTC dekat dengan Kuching Water front dan dekat dengan hotel Pullman. Nampak sign 1Malaysia sebesar-besar bangunan. Naik tingkat 6 bangunan dan terus jumpa Food Court Top Spot. Address : Jalan Bukit Mata Kuching, 43100 Kuching, Sarawak.  Kedai pilihan no 25, Bukit Mata Seafood. Order Siakap Tiga Rasa dan Sayur Midi Goreng Belacan.

23 April (Ahad)

Pagi :  Kami lepak-lepak di hotel Abell je.

Flight jam : 1.55 tengah hari. Tiba di KLIA jam 3.40 petang. 


KOS PERBELANJAAN KESELURUHAN

Kos Perbelanjaan adalah seperti berikut :

Kami melancong ke Kuching berempat. Jadi semua perbelanjaan akan dibahagi empat sama rata.

1. Kos flight seorang : RM178.00 (dua hala) seorang

2. Pengangkutan di Kuching :
    1. Uber pergi balik dari bandar Kuching ke airport : RM18.00 (seorang RM4.50)
     2.Sewa kereta : RM120 (untuk dua hari) (seorang RM30)
         Minyak        :  RM  40 (seorang RM10)

3. Penginapan :RM1000 (Bermalam di Hotel Abell, Kuching) Seorang RM250.00

4. Tiket masuk tempat :
    1. Bako National Park : RM10.00 seorang
        Bot ke Bako National Park : RM30 seorang (dua hala)
        Sewa bot ke Sea Stack : RM35.00 (seorang RM8.75) 

5. Semenggoh Wildlife Centre : RM5.00

6.  Harga bot river cuisine sepanjang sungai Sarawak : RM60.00 seorang

Kos Perbelanjaan Peribadi (Makan dan Cenderamata) masing-masing dan tidak diambil kira di sini.

Jumlah keseluruhan = RM586.25 seorang.



Demikianlah Artikel Kos Perbelanjaan ke Kuching

Sekianlah artikel Kos Perbelanjaan ke Kuching kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kos Perbelanjaan ke Kuching dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/kos-perbelanjaan-ke-kuching.html

Subscribe to receive free email updates: