Judul : OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ?
link : OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ?
OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ?
Adam Rosly tinggalkan Pas sebab kalah
SHAH ALAM - Pas Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Ketua Pemuda AMK Ampang, Datuk Adam Rosly yang terpalit dengan kes memiliki kemewahan luar biasa merupakan bekas ahli parti Islam itu.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Adam mula menukar haluan politiknya selepas tewas dalam merebut jawatan ketua pemuda Pas kawasan Ampang.
"Dulu Adam memang ahli Pas Ampang. Tetapi dia tewas dalam pemilihan ketua pemuda dan terus keluar Pas masuk PKR," katanya.
Iskandar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa Adam merupakan bekas ahli Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly dahulu ahli Pas: Rafizi]
Sinar Online hari ini melaporkan, Rafizi dipetik sebagai berkata, Adam terlebih dahulu menyertai Pas sebelum menyertai PKR pada 2010.
Rafizi berkata demikian sebagai menjawab kritikan segelintir pihak yang mengaitkan PKR dengan salah laku Adam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Adam Rosly ditahan SPRM]
Rafizi bagaimanapun berkata, PKR tidak boleh memandang mudah dengan kesalahan yang dilakukan Adam kerana ia akan memberi kesan buruk kepada parti dan akan dijadikan modal politik oleh pihak musuh termasuk Umno dan Pas.
Semalam, Rafizi sekali lagi mengulangi desakannya supaya Adam mengisytiharkan harta dan bercuti sehingga selesai perbicaraan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi usul ambil tindakan terhadap Adam Rosly]
Adam yang ditangkap dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dituduh di mahkamah 21 April lalu.
Demikianlah Artikel OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ?
Sekianlah artikel OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel OK,OK, ADAM KALAH KETUA PEMUDA DIA TERUS TINGGALKAN PAS MACAM GENG PENGKHIANAT ? dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/okok-adam-kalah-ketua-pemuda-dia-terus.html