Mahathir terpaksa serang MCA sebab...

Mahathir terpaksa serang MCA sebab... - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir terpaksa serang MCA sebab..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir terpaksa serang MCA sebab...
link : Mahathir terpaksa serang MCA sebab...

Baca juga


Mahathir terpaksa serang MCA sebab...


Cukup hebat permainan politik seorang diktator ini apabila membuat kenyataan tentang nasionalis sebuah parti yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dahulu - DAP.

Siapa lagi diktator ini kalau bukan Tun Dr Mahathir, seorang Perdana Menteri Malaysia yang memerintah negara selama 22 tahun.


Ketika bersama-sama bersolidariti dalam Persidangan parti DAP 2016 pada 4 Disember lalu, (hari sama Najib dan Abdul Hadi bersolidariti untuk Rohingya) Mahathir dalam kenyataannya menyifatkan DAP lebih bersifat keMalaysiaan berbanding MCA.

"Saya pernah sertai perhimpunan MCA dan sekarang DAP. Lagu parti MCA dalam bahasa Cina, lagu DAP dalam bahasa kebangsaan! DAP ada ahli dan pemimpin pelbagai kaum, sekarang saya sedar DAP bukan parti Cina. Semangat keMalaysiaan DAP lebih tinggi daripada parti komponen BN seperti MCA. Pandangan saya terhadap DAP dulu sudah salah."

Kenyataan ini dilihat cuba memperbodohkan rakyat.

Pembaca sendiri boleh fikirkan, apakah Mahathir tidak pernah tahu sebelum ini tentang parti DAP selama memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun?

Seolah-olah beliau baru saja wujud dimuka bumi ini apabila menyedari tentang lagu parti DAP dan MCA?

Sekali lagi, cubaan Mahathir untuk perbodohkan rakyat nampaknya gagal...

Kenapa Mahathir menyerang MCA? Biasanya hanya menyerang UMNO dan Najib Razak?

Sedia maklum, Mahathir sebelum ini banyak menyerang UMNO dan Najib. Ini kerana beliau merasakan impak atau aura UMNO dan Najib sedang meningkat saban hari. Sebab itu beliau bersungguh-sungguh menyerang dan menabur persepsi negatif terhadap UMNO dan Najib.

Begitu juga dengan MCA. Memandangan beliau ketika ini sedang bersetubuh dengan DAP maka sudah tentu MCA dijadikan sasaran. Tambahan pula prestasi dan sokongan masyarakat kelihatan sudah kembali kepada MCA.

DAP tidak boleh menerima kenyataan ini dan merayu bantuan daripada Mahathir untuk menyerang MCA. Namun DAP kecewa apabila Mahathir gagal melaksanakan tugasannya dengan baik.

Bukan itu saja, malah DAP pula menerima kecaman hebat daripada ahli sendiri apabila mengambil keputusan bersetubuh dengan Mahathir - individu yang dikatakan bertanggungjawab terhadap penahanan ramai ahli DAP dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu masa dahulu.

Rata-rata ahli dan bekas ahli DAP masih tidak dapat menerima dan memaafkan pemerintahan diktator era Mahathir.

Bagai mengetuk paku di dinding... Masih lagi meninggalkan kesan biarpun paku sudah dicabut.


Demikianlah Artikel Mahathir terpaksa serang MCA sebab...

Sekianlah artikel Mahathir terpaksa serang MCA sebab... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir terpaksa serang MCA sebab... dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2016/12/mahathir-terpaksa-serang-mca-sebab.html

Subscribe to receive free email updates: