Judul : KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ?
link : KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ?
KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ?
PAS KENA LETAK SYARAT JIKA NAK BERSAMA PAS
JIKA TIDAK NANTI KO RANG RATAH PAS, INI KERANA BAU NAFAS KO RANGPUN DAH TAHU PERANGAI
KO RANG MEMANG TAK BOLEH PERCAYA
JANGAN PERTIKAIKAN SYARAT PAS, KALAU TIDAK
BERKENAN DENGAN SYARAT TERSEBUT MAKA
HANGPA BOLEH LUPAKAN KERJASAMA,
MASALAHNYA IALAH KENAPA KERJASAMA
ANTARA PAS DAN BERSATU YANG MENYEBUK IALAH PAN ? APA HAL SUKA JADI JAMPUK HAL
ORANG LAIN ?
-Pak Karamu-
Kerjasama Pas buntu tetapkan syarat tidak munasabah
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH - Amanah yakin kerjasama antara Bersatu dan Pas akan menemui jalan buntu selagi parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menetapkan pelbagai syarat yang tidak munasabah.
Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindak-tanduk Pas yang berdolak-dalik meskipun telah tiga kali mengadakan rundingan dengan Bersatu turut memperlihatkan tiada sebarang implikasi positif terhasil.
"Pas letakkan syarat yang cukup ketat, jadi sebenarnya Bersatu tahu mereka takkan dapat bersama Pas selagi syarat itu dikenakan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jawatankuasa teknikal pelengkap inisiatif wujud persefahaman]
"Selain, dah tiga kali berjumpa (pimpinan Bersatu dan Pas) dan kali terakhir di Bangsar namun Abdul Hadi kata cuma sembang kosong. Ini jelas satu penghinaan, tak matang dan menghormati kepada pertemuan yang dibuat sebelum ini," katanya.
Menurutnya, beliau juga percaya tindakan Bersatu cuba menjalinkan kerjasama dengan Pas bertujuan menjernihkan kembali hubungan sesama pembangkang sekaligus merealisasikan harapan satu lawan satu pada PRU14.
"Bersatu nak jadi jambatan kepada Pakatan Harapan dan Pas. Mudah-mudahan 'jambatan' itu boleh membuatkan Pas tak letak calon dimana-mana kita bertanding dan begitu juga kita. Maknanya niat untuk satu lawan satu itu masih utama," katanya.
Pas dan Bersatu baru-baru ini menubuhkan jawatankuasa teknikal yang dilihat sebagai satu inisiatif untuk melengkapkan usaha mewujudkan persefahaman dan kerjasama politik antara parti-parti pembangkang.
Demikianlah Artikel KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ?
Sekianlah artikel KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KALAU TAK SETUJU DENGAN SYARAT PAS BUAT APA NAK PUJUK PAS ? dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/02/kalau-tak-setuju-dengan-syarat-pas-buat.html