Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan

Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan
link : Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan

Baca juga


Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan


Beberapa hari lalu (19 Mac 2017) pengguna media sosial 'dihidangkan' dengan sebuah video dengan durasi 53 saat - memaparkan sebuah bas ekspres yang secara terang dipandu laju dan merbahaya sehingga dikecam orang ramai.


Sedia maklum, pihak penguasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) antara agensi yang cukup proaktif di dalam media sosial.

Sehubungan itu, pihak SPAD berjaya mengesan pemandu dan pengendali syarikat bas tersebut dan merakamkan kenyataannya bagi tujuan siasatan.

Bukan itu sahaja, pihak SPAD juga begitu memandang serius kejadian yang berlaku di Lebuhraya Karak apabila menggantung permit kenderaan tersebut.

Difahamkan, SPAD akan mengambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.


SPAD dalam kenyataan medianya juga memberitahu bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Syabas dan tahniah buat pihak SPAD dan agensi yang berkaitan yang sentiasa peka terhadap isu berkaitan pengangkutan awam khususnya melibatkan soal keselamatan.

Berbalik kepada video yang tular, Suara Lensa dan pengguna media sosial juga tidak mengetahui hujung pangkal apa yang berlaku antara kedua-dua pemandu (bas dan pacuan empat roda).

Namun yang demikian, pemandu bas tersebut seharusnnya mengawal emosi dengan baik. Apatah lagi ketika memegang streng sebuah kenderaan pengangkutan awam. Bukan sahaja memberi imej buruk kepada syarikat tetapi apa yang lebih penting ialah soal keselamatan jalanraya.

Buat pemandu bas di luar sana ingatlah, hari ini adalah zaman media sosial. Jagalah kelakuan anda sebaik mungkin. Anda seperti seorang anggota pasukan keselamatan yang membawa imej kepada organisasi secara keseluruhannya. Paling penting, ia melibatkan soal keselamatan orang lain.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar buat semua.


Demikianlah Artikel Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan

Sekianlah artikel Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aksi kejar mengejar bas : SPAD mula siasatan, akan ambil tindakan dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/aksi-kejar-mengejar-bas-spad-mula.html

Subscribe to receive free email updates: