'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda

'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda
link : 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda

Baca juga


'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda


SILA SHARE agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi, supaya anda lebih berhati-hati apabila ingin bersalin di sesetengah hospital kerajaan. Jadikan kisah kami sebagai ikhtibar.

Mungkin perkataan "SABARLAH" dan "REDHALAH" mudah anda ungkapkan. Ya.. memang kami sabar, kami redha. Kalian tidak berada di tempat kami. Bayangkan seorang ibu yang dalam tempoh mengandung tak pernah mengalami masalah kesihatan, ibu dan anak sentiasa sihat sepanjang tempoh hamil 9 bulan. Tetapi Allah swt sudah aturkan segalanya. Penghujung untuk melahirkan zuriat kami sahaja berlaku yang mengubah segalanya.

Gara-gara sikap 'ambil mudah' oleh pihak terbabit yang dikatakan sebelum ini berhempas pulas untuk menjawat jawatan 'itu'. Remuk dan luluh hati isteri untuk menghadapi semua ini. Segala keperluan bayi sulung sudah disediakan seawal kandungan berusia 3 bulan. Allah lebih mengetahui rencanaNya adalah yang terbaik, redha dan pasrah dengan ketentuan mungkin adalah yang terbaik. Doakan kami.

Mungkin ramai yang sedia maklum yang baru-baru ini isteri saya telah melahirkan seorang zuriat sulung kami pada 3/3/17 (Jumaat) jam 11.17 pagi. Tetapi Allah lebih menyayanginya kerana dijemput Ilahi seusia 17 jam bertarung nyawa dalam unit NICU, Bukan untuk menidakkan takdir atau tidak redha dengan ketentuan tetapi rasa terpaksa meluah dan menegakkan keadilan supaya ramai lagi tidak senasib dengan kami. Semoga kalian lebih berhati-hati apabila memilih hospital yang bakal anda lahirkan zuriat kalian. Moga menjadi iktibar untuk semua.

ALLAHUAKBAR! Saya baru kehilangan anak semasa kelahiran anak sulung saya. Boleh dikatakan atas kcuaian hospital ataupun mereka terlepas pandang (Husnuzon). Kasihan isteri saya beranak emergency czer, anak pula meninggal dunia. Cukup sifat sempurna seberat 3.4 kg, perempuan.

Isteri saya cukup 40 minggu, lebih due 3 hari. Bila pergi hospital, doktor tahan semalaman di hospital. Keesokannya doktor benarkan balik ke rumah sebab dia kata isteri saya tak sakit. Sedangkan isteri saya dah turun tanda complete dengan darah dan juga lendir.

Bila dia bagi balik rumah, keesokan harinya isteri saya sakit perut. Anak dah kurang bergerak. Saya bawa pergi ke hospital. Doktor kata anak dah makan najis sebab air ketuban dia dah bocor. Dia kata melihat pada kepekatan air ketuban it anak dah dua tiga hari makan najis sendiri.

Selepas scan semua, doktor kata isteri saya perlu czer emergency sebab nak selamatkan anak dalam perut. Alhamdulillah bila semua selesai, isteri saya selamat dan dalam kepala saya mesti anak pun sihat agaknya.

Bila nak tengok baby, doktor tak bagi tengok dulu sebab masih dalam rawatan rapi. Saya pun rasa macam tak sedap hati, macam ada sesuatu.

Menjelang petang baru saya dapat tengok baby saya. Luluh hati saya melihat baby yang penuh dengan wayar dalam mulut di wad NICU. Doktor kata anak saya kritikal dan harapan itu ada tetapi tipis. Berderai air mata saya bila tahu keadaan baby saya begitu. Isteri saya tak tahu yang anak kami dalam keadaan tenat. Saya tak sampai hati nak beritahu isteri yang anaknya dalam keadaan kritikal sebab sakit czer isteri pun masih belum hilang dan masih duduk dalam keadaan lemah.

Anak saya sempat bernafas selama 17 jam sahaja. Dalam jam 4 pagi, anak pergi meninggalkan kami. Kami redha, anak tak dapat survive sebab ketika berada di dalam perut isteri saya, dia banyak makan nais dalam air ketuban menyebabkan baby ada jangkitan kuman pada paru-paru.

Bukan mahu menidakkan takdir, kami redha cuma kami mahukan penjelasan dan keadilan sebab perkara ini melibatkan nyawa. Macam mana doktor boleh membenarkan isteri saya pulang rumah sedangkan isteri saya dah over due tiga hari, cukup tanda darah dan lendir, bukaan 2 cm dan doktor suruh balik rumah?

Bila balik rumah sahaja, isteri saya sakit perut yang menyebabkan anak saya lemas makan najis. Sepatutnya doktor tak benarkan isteri saya balik ke rumah sebab air ketuban pun belum pecah lagi. Bila-bila masa boleh bersalin.

Bukan tak dapat terima takdir, cuma terkilan. Isteri tiada masalah semasa mengandung tetapi penghujung sekelip mata terjadi. Mungkin kalau doktor tak benarkan isteri pulang, mungkin kandungannya dapat diselamatkan. Saya sebagai suami amat berduka apatah lagi isteri saya yang bersalin anak sulung. Dibedah pula tetapi anak meninggal dunia.

Sayalah yang support dia sepenuhnya. Saya sebagai suami kepada isteri saya ini mahu berpesan sekiranya anda semua para wanita yang sedang melalui fasa akhir kehamilan, sekiranya sudah lebih tempoh due dan doktor suruh balik rumah dulu, banyakan berjalan untuk memudahkan bersalin, anda semua perlu berkeras. Bimbang jika perkara yang sama akan terjadi seperti yang dilalui oleh saya dan isteri.







Kehilangan anak sulung kami yang kami berikan nama Ainul Mardhiah (merujuk kepada bidadari syurga yang paling cantik). Al-fatihah..

*The Reporter sedang berusaha mendapatkan pandangan doktor mengenai status viral lelaki. Diharap pembaca bertenang dan tidak menunding jari pada mana-mana pihak. 

by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia


Demikianlah Artikel 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda

Sekianlah artikel 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Angkara sikap staff kerajaan, saya kehilangan anak sulung' Pilu Seorang Ibu Muda dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/angkara-sikap-staff-kerajaan-saya.html

Subscribe to receive free email updates: