Judul : Dog Rock,Albany
link : Dog Rock,Albany
Dog Rock,Albany
Assalamualaikum dan salam sejahtera..nak berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan semasa kunjungan saya ke Perth bulan sept 2016..tak pernah menyesal pergi Perth dek kerana keindahan alam semulajadinya.
Cinta dan Dog Rock,Albany.
Semasa kunjungan saya ke Perth spring 2016, saya telah pergi ke Albany..Albany sebuah daerah yang agak jauh dari bandar Perth, kira-kira 6 jam pemanduan cara rakyat Perth bukan rakyat Malaysia kahkahkah
Sesudah subuh sebelum kami bertolak ke Esperance, sempat kami singgah di mercu tanda yang terkenal di sini iaitu DOG ROCK..batu semulajadi yang berbentuk kepala anjing
Dog Rock terletak betul-betul di tepi jalan besar di tengah-tengah bandar Albany..pernah ada cadangan untuk meletupkan Dog Rock untuk melebarkan jalan tetapi mendapat bantahan daripada orang ramai
Bentuknya yang besar dan kedudukannya yang terletak di tepi jalan menyebabkan ia dilabelkan sebagai berbahaya..sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa mengecat kolar putih di bahagian bawah Dog Rock untuk menjadikannya lebih mudah dilihat
Betapa rakyat luar negara menghargai dan menjaga sebaik-baiknya warisan dan keunikan alam mereka..kalau mereka boleh, kita pun mesti boleh juga kan?
Noor Hidayah Hanapi
Pencinta alam sekitar
Demikianlah Artikel Dog Rock,Albany
Sekianlah artikel Dog Rock,Albany kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dog Rock,Albany dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/dog-rockalbany.html