FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam

FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam
link : FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam

Baca juga


FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam


Setiap anggota dalam Parti Tindakan Demokratik atau 'Democratic Action Party' (DAP) telah disusun rapi oleh pimpinan tertinggi - Lim Kit Siang, anak dan kroni. Ini bukan tuduhan kosong tetapi bersandarkan kepada fakta dan realiti.

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP harus menjadi rujukan apabila mencari di mana demokrasi di dalam parti bersimbolkan roket ini.

Penulis pernah membuat liputan Kongres Kebangsaan DAP dan pemilihan CEC parti itu bagi tahun 2013. Jika dilihat kepada jumlah undi, didapati anak-beranak Lim kekal menguasai parti biarpun tewas kepada calon-calon lain.


Anak kepada Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng hanya memperoleh undi sebanyak 1,304, tewas kepada anak mendiang Karpal Singh, Gobind Singh Deo (1,421 undi). Namun Guan Eng ditabalkan sebagai Setiausaha Agung DAP selepas diatur 'tangan ghaib'. Sedia maklum, jawatan Setiausaha Agung di dalam DAP merupakan kuasa tertinggi parti itu.

Kuasa diktator ini menjadikan keluarga Lim kekal menguasai DAP setelah dinasti Nga dan lain-lain individu diketepikan.

Lihat bagaimana percaturan dibuat dengan mengangkat kroni-kroni Lim menewaskan Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham semasa pemilihan tersebut. Sedangkan Nga dan Ngeh merupakan antara pemimpin paling kuat di dalam DAP.

Menyentuh tentang pemilihan CEC ini, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass pernah mengesyaki kesemua 574 perwakilan datang dari Pulau Pinang dan dibawa khas untuk memastikan beberapa pemimpin parti kekal berkuasa.

Beliau juga pernah mendesak Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong supaya mendedahkan butiran terperinci tentang pemilihan tersebut.

Tujuh persoalan yang dibangkitkan ialah :

  1. Dari mana datangnya 574 perwakilan yang diarah mengundi khusus untuk enam pemimpin DAP?
  2. Adakah benar undian 574 perwakilan itu dimasukkan ke dalam kotak khas?
  3. Adakah benar 574 perwakilan itu duduk di tempat khas ketika pemilihan itu dijalankan?
  4. Mengapakah jumlah keseluruhan undian tidak selaras antara rekod undian keseluruhan dengan jumlah rekod perwakilan?
  5. Mengapa jumlah undian yang diperoleh calon tidak dipapar di papan elektronik?
  6. Mengapa jumlah undi rosak tidak didedahkan?
  7. Mengapa begitu sukar untuk memberikan nama penuh wakil yang mengundi?

Hebat bukan?

Sebab itu dewasa ini semakin ramai yang meninggalkan parti DAP setelah menyedari wajah sebenar parti itu. Terbaharu (Feb - Mac 2017), seramai empat pemimpin DAP negeri Melaka bertindak keluar parti diikuti 182 ahli yang lain.

Ini menunjukkan bahawa DAP bukan lagi sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi sebaliknya kuku besi dan diktator arahan 'big bos' DAP yang berkuasa sejak sekian lama.

Siapa Lim Kit Siang?

Dilahirkan pada 20 Februari 1941, Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin politik paling lama di Malaysia dan dalam partinya, Parti Tindakan Demokratik atau 'Democratic Action Party' (DAP).

Ini diakui sendiri laman web rasmi DAP Malaysia bertajuk, 'Biodata of Lim Kit Siang'.

"Pertama kali dilantik menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka pada 1969, Lim Kit Siang adalah salah seorang ahli paling senior Dewan Rakyat yang mulia."

Selain kuasanya dalam menentukan hala tuju parti, Kit Siang juga bijak menyusun strategi bagi memastikan karier politik peribadinya terus bernafas.

Lim Kit Siang juga terkenal dengan sikap 'playboy' - 'bercinta dengan ramai gadis sebelum berlaku curang'.


Beliau suka berpindah-randah antara satu kawasan ke kawasan lain mengikut perubahan 'cuaca'. Di mana kawasan yang dilihat ramai menyokongnya maka di situlah beliau bertapak.

Kit Siang pernah menjadi Ahli Parlimen di Bandar Melaka pada tahun 1969 – 1974. Kemudianya 'terbang' ke Kota Melaka (1974 – 1978); Petaling Jaya (1978 -1982); Kota Melaka (1982 – 1986); Tanjong (1986 – 1999); Ipoh Timur (2004 – 2013) dan Gelang Patah (2013 – sekarang).

Rekod perjalanan politiknya menujukkan bahawa Kit Siang hanya memberi perhatian pada pengundi kaum Cina semata-mata dan meminggirkan bangsa-bangsa lain.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang-kali menyebut bahawa Kit Siang adalah seorang yang rasis.

"Malam ini saya pun nak sebut dengan suara yang selantang mungkin bahawa Kit Siang adalah seorang rasis," 

"Kali ini dia pergi ke Gelang Patah. Kerana majoriti pengundi terdiri daripada orang Cina. Sebab itu dia pergi ke Gelang Patah. Dia bergantung kepada perkauman. Di sana dia akan hasut orang-orang Cina supaya membenci orang Melayu. Benci orang Melayu dan undilah saya, inilah Kit Siang." 

Demikian ucapan tegas Mahathir dalam satu ceramah pada 1 Mei 2013.


Kenyataan itu kemudiannya dibangkitkan semula oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Pada 20 Mac 2017, Annuar telah mencabar Lim Kit Siang untuk menyaman dirinya ekoran kenyataan berkaitan dakwaan diktator, rasis dan anti Islam.

“Saya cabar untuk Kit Siang saman saya. Sekali lagi saya ulang bahawa Kit Siang anti Islam, DAP parti rasis dan juga diktator.

“Perdana Menteri kita sudah silih berganti tetapi pucuk kepimpinan DAP masih lagi dikawal oleh dinasti Lim."

Namun ia tidak disambut. Sebaliknya Kit Siang cuba menutup dakwaan itu dengan meminta Annuar pula menyamannya. Tidak cukup dengan itu, Kit Siang dilihat mempergunakan golongan muda dalam kalangan DAP untuk membuat laporan polis terhadap Annuar. Inilah sikap Kit Siang yang hanya pandai mempergunakan orang lain demi kepentingan peribadi.

Sejarah tidak boleh dipadam.

Semasa pemerintahan Mahathir, Lim Kit Siang pernah ditangkap dalam 'Operasi Lalang' pada tahun 1987 atas tuduhan membangkitkan isu perkauman. Beliau seterusnya dipenjarakan selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehingga kini, biarpun Mahathir dan Kit Siang saling berpelukan dalam kepentingan politik namun kedua-duanya masih belum mengungkap perkataan maaf secara terbuka atau menarik balik tuduhan-tuduhan yang pernah dibuat antara satu sama lain sebelum ini.

Selain itu, kata-kata Lim Kit Siang yang secara jelas menonjolkan sifat anti-Islam juga tidak boleh dipadam oleh sejarah. Beliau sering kali menyentuh tentang Rukun Negara dan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan ketika berucap di dalam Dewan Rakyat.

Katanya Malaysia bukan sebuah negara Islam dan beliau secara agresif mencetuskan provokasi di dalam Dewan Rakyat ketika menjadi Ahli Parlimen Ipoh Timur (2004 – 2013).



Hakikat menyedari bahawa DAP dan Kit Siang menyimpan dendam yang cukup tebal tambahan pula dengan apa yang berlaku pada tahun 2008.

Mereka (DAP) tidak dapat menduduki kerusi Menteri Besar di Perak sehingga mencetuskan kontroversi.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008, negeri Perak telah ditawan oleh Pakatan Rakyat (DAP, PAS dan PKR). Walaupun memenangi kerusi terbanyak, tetapi DAP tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana tidak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berbangsa Melayu.

Menurut perlembagaan negeri Perak, hanya ADUN yang berbangsa Melayu layak menjadi Menteri Besar, melainkan Sultan Perak mengizinkan seseorang yang bukan Melayu, dan tidak semestinya beragama Islam, untuk menjadi Menteri Besar.

Pada awalnya Pakatan Rakyat cuba memujuk Sultan Perak semasa itu, Sultan Azlan Shah, untuk melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, sebagai Menteri Besar.

Namun pada akhirnya Sultan menolak dan melantik Setiausaha PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar.

Memandangkan PAS merupakan parti pemerintah yang terkecil, Lim menyeru agar memboikot upacara perlantikan tersebut.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa Kit Siang begitu berdendam dengan apa yang berlaku. Sebab itu dapat kita lihat bagaimana terjadinya pemberian hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada 11 penduduk kampung baru di Kampung Kuala Rui, Gerik pada 30 Disember 2008.

Mohammad Nizar pada ketika itu hanyalah boneka DAP dan budak suruhan Lim Kit Siang. Tiada apa yang mampu dilakukan Nizar selepas hidungnya dicucuk kemas DAP dan Kit Siang.

Mujurlah senario itu hanya berlaku bagi tempoh seketika. Jika dalam tempoh singkat ini pun DAP dan Lim Kit Siang boleh melakukannya, bayangkan apa akan terjadi jika mereka memerintah Malaysia?

Lantas itu rakyat Malaysia seharusnya sedar tentang fakta dan sejarah ini. Jadikan ia sebagai pengajaran dan sematkan di dalam minda bahawa DAP dan Lim Kit Siang adalah diktator, rasis dan anti-Islam.


Rujukan :

1) http://ift.tt/2mODMVT

2) https://www.youtube.com/watch?v=yBmoKl_5bJ4

3) http://ift.tt/2nhY0DA

4) http://ift.tt/2mODnD1

5) http://ift.tt/2nhSUY3

6) https://www.youtube.com/watch?v=S-AQxxd2-Ck

7) 7) https://www.youtube.com/watch?v=6dBhWPFY9Ag



Demikianlah Artikel FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam

Sekianlah artikel FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FAKTA, REALITI : Lim Kit Siang DAP diktator, rasis dan anti-Islam dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/fakta-realiti-lim-kit-siang-dap.html

Subscribe to receive free email updates: