Judul : HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN
link : HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN
HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN
Orang Melayu perlu terus sokong BN pada PRU14
SABAK BERNAM - Orang Melayu diingatkan supaya terus memberi sokongan kepada BN pada PRU-14 bagi memastikan agenda pembelaan dari segi pendidikan Bumiputera khususnya kaum itu terus diberi keutamaan.
Timbalan Menteri, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sekiranya BN tewas dalam pilihan raya nanti, beliau bimbang soal pendidikan orang Melayu terabai.
Katanya, program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberi peluang kepada pelajar Bumiputera luar bandar untuk mendapatkan peluang kedua.
"Siri Jelajah ini adalah satu program baru yang bermula tahun lepas dan kemudiannya diteruskan pada tahun ini.
"Tetapi kita tak tahu sama ada program ini boleh disambung pada tahun depan atau pun tidak, kerana ia bergantung sama ada cukup bilangan kami (ahli parlimen BN) di Dewan Rakyat," katanya pada Majlis Perasmian Program JPB Peringkat Parlimen Sabak Bernam di Dewan Muhammadiah Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, di sini, petang tadi.
Ahmad Jazlan berkata, program kali ke-14 siri kedua yang diadakan pada tahun ini itu amat besar ertinya bagi memberi peluang kepada pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi.
"Adakah kita akan menamatkan pencarian ilmu ini hanya setakat tingkatan lima atau adakah kita hendak nokhtahkan pencarian ilmu ini setakat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia)," katanya.
Justeru, beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha dan memikirkan masa depan anak-anak Bumiputera khususnya kaum Melayu tidak terus ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Beliau berkata, secara dasarnya, semua manusia dilahirkan kecerdikan akal pada tahap berbeza-beza dan tidak sama antara satu sama lain.
"Kalau lahir semua jadi perdana menteri, siapa nak jadi timbalan perdana menteri dan menteri.
"Begitu juga, jika semua dijadikan menteri dan timbalan menteri, siapa pula nak jadi ahli Parlimen dan Adun," katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan mengambil tanggungjawab untuk memastikan rakyat terutama Bumiputera ini dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan cita-cita yang diinginkan mengikut kemampuan yang terpenting.
"Maka pada hari ini, kita akan melihat di manakah kesesuaian anak-anak kita untuk ditempatkan, demi untuk melihat masa depan mereka terjamin," katanya.
Beliau berkata, tiada kerajaan di dunia melakukan perkara sebegini kepada rakyat terhadap kaum asal.
"Kalau nak bandingkan dengan sejarah keagungan empayar Greek yang bertamadun 3, 000 tahun dulu, bagaimana pahlawan mereka menjadi penakluk yang tersohor, di saat itu di mana nenek moyang kita?.
"Tetapi, di dalam tempoh enam dekat ini, kita lihat di mana kita, bahkan, kita berada jauh di hadapan berbanding negara yg saya sebutkan negara bertamadun 3, 000 tahun lalu," katanya.
Ahmad Jazlan berkata, terfikirkah orang tua kita di zaman dahulu bahawa kita mempunyai tokoh-tokoh korporat dan akademik seperti yang ada pada hari ini.
"Janganlah kita nak bandingkan dengan negara maju yang bertamadun ribuan tahun...tak pernah dijajah dan telah mewujudkan para cendekiawan yang jauh lebih dahulu daripada kita.
"Siapa sangka, pada hari ini, anak perempuan kita boleh menerbangkan besi di angkasa...terfikirkah kita, cucu kita boleh membawa kapal terbang?
Beliau berkata, negara cukup bertuah dan amat berasa bangga apabila anak Melayu berjaya menjejak kaki ke angkasa lepas.
"Kita dengan rasa bangga dan insaf dengan kekuasaan ALLAH, kita berjaya menghantar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menyaksikan seluruh carekawala.
"Selama ini kita mendengar daripada orang bukan Islam, tetapi hari ini Dr Muszaphar orang Melayu Islam menceritakan kebesaran ALLAH apabila berada di atas.
"Inilah kehebatan sebuah kerajaan yang memimpin pada hari pertama sejak 60 tahun kita merdeka sehingga ke hari ini," ujarnya.
Demikianlah Artikel HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN
Sekianlah artikel HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HIMPITAN EKONOMI SEKARANG MEMBUATKAN RAKYAT TINGGALKAN BN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/himpitan-ekonomi-sekarang-membuatkan.html