Judul : JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH !
link : JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH !
JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH !
Pas tidak layan cabaran Husam
KUALA LUMPUR - Pas tidak berminat melayan karenah bekas Naib Presidennya Datuk Husam Musa yang mencabar parti itu mengheretnya ke Mahkamah Syariah kerana melanggar sumpah taklik dan bai'ah parti itu.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata ini kerana bekas exco Kelantan itu bukan lagi ahli Pas, selain menyatakan bahawa parti itu mahu menumpukan kepada agenda lebih besar iaitu persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kami sudah tidak peduli dia (Husam). Dia bukan lagi ahli Pas dan sudah keluar pun. Tindakan dia sekarang itu lebih kepada mahu menjatuhkan Pas.
"Banyak lagi agenda besar (Pas), seperti persediaan menghadapi PRU14," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Husam yang kini menyertai Parti Amanah Negara sebelum ini dilaporkan mencabar bekas partinya itu mengheretnya ke Mahkamah Syariah kerana melanggar bai'ah parti.
Cabaran itu susulan usul Pas Tanah Merah yang mahu mana-mana bekas pemimpin parti itu yang melanggar sumpah taklik dan bai'ah yang dilafaz sebelum ini didakwa di Mahkamah Syariah. - Bernama
Demikianlah Artikel JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH !
Sekianlah artikel JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JANGAN LAYAN ORANG GILA, ANGGAP DIA SAMPAH, SUDAH ! dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/jangan-layan-orang-gila-anggap-dia.html