Judul : 'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH
link : 'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH
'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH
Hari ini saya nak kongsi satu perkara dengan anda semua. Setelah mendapat izin dah ayah, barulah saya berani nak kongsi kisah ini. Apa yang saya nak kongsikan ini diharap dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kita dan generasi akan datang.
Zaman sekarang ini, sudah jarang sangat orang pakaikan lampin yang berulang pakai. Majoriti menggunakan lampin pakai buang, kan? Hanya segelintir saja yang masih menggunakan cara lama, cuma kaedahnya sahaja berbeza.
Kalau dalam keluarga saya, yang dah jadi mak-mak ini memang semualah pakai lampin pakai buang ini. Semua jenis mak-mak nak cepat, express. Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, selepas mandikan anak-anak, kami kumpulkan satu tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada tujuh orang setakat ini.
Nampak sikit saja, kan? Tetapi bila dah jam 12 tengah hari, masing-masing dah mandi, memang penuh satu beg plastik pampers yang dah digunakan.
Sampailah suatu hari, kami adik beradik ipar selepas dua hari berada di kampung, masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing. Ada yang balik pagi, ada yang balik tengah hari. Ada yang bila-bila nak balik pun boleh sebab rumah sekangkang kera saja dengan rumah mak ayah.
Bila menjelang malam, dapat WhatsApp panjang dari ayah dalam group WhatsApp adik beradik. Masa itu baru saja sampai Perlis, dari Johor. Dengan tenang dan rasa gembira, bukalah mesej WhatsApp dari ayah. Sebab mesej dari ayah, kan? Mestilah manyak gumbira.
"Minta maaf dululah ye anak-anak, ayah nak cerita sikit. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.
"Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika itu, antara sifat emak yang anak-anak perlu tahu, emak tidak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.
"Walaupun dalam pantang lima orang anak, sekalipun emak takkan biarkan baju atau lampin anak-anak dinampak oleh atok sebab takut atok tolong basuhkan.
Semua itu sebab nak jaga, jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tetapi didiamkan.
"Jika ini berlaku, kita akan berdosa. Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ini seperti ibumu. Tak kiralah sama ada di rumah mak ayah atau di rumah mertua.
"Lagi satu sifat ibumu, dia takkan banyak bercakap walaupun dirinya penat. Ayah minta maaf, semuanya untuk kebaikan kalian dunia akhirat. Sebelum ayah tak ada di dunia ini, ayah nasihatkan saja. Bila ayah dah tak ada nanti, tiada siapa yang akan ingatkan anak-anak semua.
-Ayahmu-
Mak tergelak saja.
"Alah, tak ada bendalah. Mak tak kisah pun."
Adoi mak ni, hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang nak sedapkan hati anak. Rasa bersalah tahap gunung Everest itu sampai sekarang pun masih ada. Memang sebelum ini adakalanya bila dah cebok mandikan anak, pampers kitorang letak satu tempat untuk dibuang. Tetapi kadang-kadang terlupa sampailah bila nak masuk kereta baru teringat nak buang.
Sejak mendapat peringatan dari ayah, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik. Atau nak mudah, kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak. Buang di mana-mana tong sampah awam yang sesuai dalam perjalanan balik.
Kalau di rumah mak mertua pula, saya akan paksa suami pergi buang pampers anak ke belakang rumah, tempat pembuangan sampah.
Saya rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan beri nasihat dalam hal ini. Kalau tak, kami tak sedar semua itu salah. Selama-lamanya berdosa. Perasan baguslah kan balik rumah mak ayah tiap-tiap minggu tetapi rupa-rupanya balik itu tinggalkan hampas yang menyusahkan mak ayah.
Rasa teruk betul bila diingatkan semula. Benda simple pun tak sedar.
Sama-samalah kita ingatkan suami, suami ingatkan isteri. Dua-dua perlu peka tentang pampers ini. Benda kecil boleh menjadi asbab pada dosa membukit.
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
Demikianlah Artikel 'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH
Sekianlah artikel 'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Kau jangan biadap sampai orang tua basuh najis anak-anak sendiri' AYAH dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/kau-jangan-biadap-sampai-orang-tua.html