Judul : Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor
link : Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor
Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor
Malaysia hari ini bukan Malaysia yang dahulu sekaligus membuka ruang demokrasi yang lebih terbuka dan bebas.
Jika dahulu, mana-mana negeri yang diperintah parti pembangkang akan di anak tirikan oleh kerajaan persekutuan. Erti kata lain, 'didera' dengan menyekat segala macam peruntukkan atau pembangunan.
Mungkin ada yang pelik kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) kerap berkunjung ke negeri pembangkang, Kelantan.
Rupanya-rupanya Najib tanpa berselindung mengatakan bahawa beliau terlalu sayangkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu, sama dengan negeri-negeri yang diperintah BN.
Dalam masa sama Najib mengatakan bahawa beliau secara peribadi tidak suka cara pemerintahan BN sebelum ini yang akan 'mendera' negeri-negeri yang ditadbir parti pembangkang seperti Kelantan.
Sebab itu negeri Kelantan tidak akan dipinggirkan daripada apa saja projek pembangunan yang diusahakan kerajaan persekutuan. Dasar dan polisi ini sama seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang juga hasil idea Najib Tun Razak. Tiada siapa dapat menyangkal bahawa BR1M diberikan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman kaum serta politik.
Berbalik ke Kelantan, Najib dalam lawatannya baru-baru ini sekali lagi membawa berita manis buat rakyat tempatan.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang diusahakan kerajaan persekutuan akan ditambah dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.
Sedia maklum projek yang dianggarkan bernilai RM55 bilion itu sebelum ini dicadangkan bermula dari terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak dan berakhir di Wakaf Bharu, dengan 23 stesen perhentian.
Namun atas keprihatinan Najib dan kerajaan persekutuan, ia akan dipanjangkan sehingga ke Pengakalan Kubor sekaligus bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Impak yang diberikan cukup besar dengan kadar pertumbuhan ekonomi bertambah kepada 1.15 peratus di Pantai Timur.
Wujudnya ECRL kelak, ia akan menjadikan perjalanan dari Gombak ke Wakaf Bharu semakin singkat dengan menelan masa empat jam berbanding 12 jam menaiki bas.
Anak-anak perantauan kini tidak lagi perlu mengeluh dengan kesesakan lalulintas terutamanya ketika ingin pulang ke kampung halaman di Pantai Timur.
Pembinaan projek rakyat ini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap menjelang 2021 - 2022.
Untuk makluman pembaca, gerabak ECRL ini nanti akan memuatkan kira-kira 600 orang penumpang pada satu-satu masa.
Jarak laluan utamanya pula adalah sepanjang 534.8 kilometer sementara jarak laluan sokongan pula ialah 65.5 kilometer. Manakala operasi harian tren penumpang ialah sebanyak 22 jam.
Suara Lensa sebelum ini ada menyiarkan tentang Pemeriksaan Awam projek ECRL yang sedang dijalankan selama tiga bulan.
Ia dilakukan pihak kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut keperluan di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang menyatakan bahawa satu forum maklum balas awam perlu diadakan bagi setiap projek rel yang dicadangkan.
Selain itu, pameran ini juga bertujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai manfaat sosio-ekonomi projek ECRL kepada negara.
BACA SELANJUTNYA DI SINI
Demikianlah Artikel Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor
Sekianlah artikel Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Laluan ECRL dipanjangkan hingga ke Pengkalan Kubor dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/laluan-ecrl-dipanjangkan-hingga-ke.html