Judul : MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN
link : MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN
MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN
'Bentang dulu RUU355, baru kami putuskan'
PETALING JAYA - Parti Bersatu tidak akan menyatakan pendirian terhadap pindaan rang undang-undang (RUU) 355, sehingga kandungannya dibentangkan di Parlimen.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan hanya boleh dinyatakan setelah semua pihak jelas dengan perkara tersebut.
"Sebenarnya usul ini tidak begitu jelas, kita tak boleh buat apa-apa keputusan. Beberapa kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh pihak lain, bukan daripada saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya di sini, hari ini.
Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Presiden Bersatu menyatakan sokongan terhadap pindaan.
"Kita sendiri tidak tahu sama ada kerajaan nak bentang atas nama kerajaan atau Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkannya.
"Dan lepas tu tentulah ada perbahasan-perbahasannya, selagi perkara itu belum sampai ke tahap itu, saya yakin tidak berapa tepat untuk Bersatu ambil pendirian dalam soal ini," katanya.
Tegas Muhyiddin, Bersatu tidak akan terburu-buru menyatakan sokongan kerana ia bukan perkara kecil.
"Saya perlukan satu waktu yang sesuai untuk buat keputusan muktamad," katanya.
Demikianlah Artikel MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN
Sekianlah artikel MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEMANG NAK BENTANGPUN, TAK PAYAH CAKAP LA, SUARA MUHIDDIN MACAM PAN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/memang-nak-bentangpun-tak-payah-cakap.html