Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad

Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad
link : Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad

Baca juga


Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad


PETALING JAYA – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor menyifatkan peguam kontroversi Siti Kasim sebagai seorang individu yang jahil agama.

Bercakap kepada sebuah laman portal Wan Salim berkata, tindakan wanita itu yang juga seorang aktivis dalam mempersoalkan tentang kewujudan tuhan jelas menunjukkan beliau seorang yang cetek ilmu tentang Islam dan boleh menjurus ke arah murtad.

“Bila dia buat kenyataan macam itu maknanya dia sebagai seorang Muslim, kita bimbang akidah dia terkeluar daripada Islam dan menjadi murtad,” katanya seperti dilaporkan.

Wan Salim berkata, beliau menyarankan agar Siti Kasim kembali ke jalan dengan mendalami pengajian akidah Islam.

“Saya sangat mengalu-alukan kalau Siti Kasim berbincang secara tertutup dengan pakar akidah termasuk pakar saintifik yang boleh beri keterangan kerana orang macam dia perlu diberi pemahaman bukan dengan cara tradisional tetapi dikaitkan dengan perkembangan sains,” ujarnya.

Beliau berkata, Siti Kasim mungkin terpengaruh dengan sesetengah pandangan barat yang sudah hilang kepercayaan terhadap agama.

“Bagi mereka agama tidak boleh selaras dengan perkembangan sains, tapi kita dalam Islam, semakin majunya sains, makin dapat dibuktikan kebenaran Islam, termasuk dari sudut kepercayaan.

“Jadi bagi orang ateis, mereka ini ada sebab tertentu kenapa tidak percaya kepada Tuhan dan antaranya ialah kerana psikologi.

“Mungkin Siti Kasim dipengaruhi suasana rumah tangga semasa kecil dan sebagainya, sebab itu kita kena simpati kepada orang seperti ini.

“Kita kena bimbing dia ke jalan yang benar, tapi terpulang kepada dia setelah kita usaha dia tidak terima apa boleh buat, yang penting kita tidak beremosi dan tangani benda ini dengan bijaksana,” katanya. – MalaysiaGazette

by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia


Demikianlah Artikel Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad

Sekianlah artikel Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mufti Pulau Pinang Sahkan Siti Kassim Ini Murtad dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/mufti-pulau-pinang-sahkan-siti-kassim.html

Subscribe to receive free email updates: