Remaja OKU jerit tak mengaku salah

Remaja OKU jerit tak mengaku salah - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja OKU jerit tak mengaku salah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja OKU jerit tak mengaku salah
link : Remaja OKU jerit tak mengaku salah

Baca juga


Remaja OKU jerit tak mengaku salah


amoi_law_gen32_600
 

BUKIT MERTAJAM: Remaja yang memandu arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan, 2 minggu lalu hingga menyebabkan kemalangan 9 kenderaan dan seorang maut, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Ng Pei Ven, 19, menjerit ketika mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap selepas jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya dalam bahasa Mandarin.

Ng yang juga seorang OKU didakwa kerana memandu di bawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26, di KM134.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara antara 3 hingga 10 tahun atau denda RM8,000 hingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Di bawah seksyen itu, lesen memandunya akan digantung serta-merta sehingga perbicaraan tamat. Tertuduh juga berdepan tindakan lesen memandu digantung minimum 5 tahun jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani sementara Ng diwakili Parmjit Singh Mahinder.



Razali memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000.

Parmjit kemudian memohon supaya ikat jamin dikurangkan kerana tertuduh baru berusia 19 tahun dan mempunyai masalah pembelajaran.

Majistret menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan 2 penjamin.

Mahkamah menetapkan 12 Mei untuk tarikh sebutan semula.

Dua minggu lalu, Ng yang memandu Proton Gen-2 memecut di laluan melawan arah trafik sebelum Plaza Tol Sungai Dua dan melanggar 9 kenderaan, serta menyebabkan seorang maut.

Fandi, 26, dari Sungai Petani, Kedah, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta Ng melanggar kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa dari arah depan.

Ng memberitahu polis dia membuat pusingan U secara mendadak selepas melihat sebuah lori berhenti di lorong tengah sebelum plaza tol.

Bagaimanapun, polis berkata tiada lori seperti dinyatakan berdasarkan rakaman video daripada PLUS.Ng kemudian didapati positif amfetamina dan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kerana pengambilan bahan terlarang di bawah Akta Dadah Berbahaya.


 SUMBER
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT


Demikianlah Artikel Remaja OKU jerit tak mengaku salah

Sekianlah artikel Remaja OKU jerit tak mengaku salah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja OKU jerit tak mengaku salah dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/remaja-oku-jerit-tak-mengaku-salah.html

Subscribe to receive free email updates: