Judul : Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang...
link : Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang...
Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang...
Beberapa bulan lepas, saya bermuhasabah mengenai kematian. Banyak perkara kematian terlintas di hati dan terfikir betapa sengsaranya perjalanan kehidupan selepas mati bagi orang-orang yang ada hutang yang belum diselesaikan. Sedih.
(وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
[Surat Al-Baqarah 280]
Ertinya: Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Alhamdulillah, banyak perkara baik berlaku selepas saya halalkan semua hutang itu. Ada beberapa doa yang dah lama saya minta, Allah makbulkan. Dan rezeki makin bertambah. Saya tak tahu ada kaitan dengan hutang itu atau tidak, ini semua urusan Allah. Tetapi ia berlaku selepas saya sedekahkan hutang-hutang itu.
Nasihat untuk orang-orang yang berhutang, ingat hadis ini;
“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)
Allah akan mudahkan rezeki jika kita ikhlas ingin membayar hutang. Cuba kita perhatikan jika ada orang-orang sekeliling yang suka berhutang tapi liat nak bayar, hidup mereka tak berkat dan rezeki susah masuk.
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
Demikianlah Artikel Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang...
Sekianlah artikel Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rezeki Selepas Menghalalkan Semua Hutang... dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/rezeki-selepas-menghalalkan-semua-hutang.html