RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS

RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS
link : RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS

Baca juga


RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS


Khamis, 30 Mac 2017

PAS Akan Bentang RUU355, Tidak Timbul Soal Kencing Mengencing



29 Mac 2017, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Barisan Nasional, Dato Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan bentangkan RUU355.
 
 Selepas kenyataan ini dikeluarkan maka bertepuk dan bersoraklah puak puak pendokong LGBT, homoseksual, liberal dan pluralisme kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Padahal puak puak itu baru membaca "headline story" sahaja, belum membaca habis lagi kandungan ceritanya. BN telah buat keputusan bersama dalam mesyuarat tentang RUU355. Keputusan dicapai secara sepakat bukannya seperti Pakatan Harapan, hari ini keputusan lain, esok keputusan lain.

BN tidak halang RUU355 untuk dibentangkan secara bersendirian di Dewan Rakyat. Ini yang Dato Seri Najib sebut "rang undang undang ini akan terus menjadi rang undang undang persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) menentukan. 
 
Sekiranya beliau putuskan akan bentangkan, maka ia akan dibentangkan dan beliau akan menentukan peraturan undang undang tersebut". Ini tidak dibaca habis oleh macai macai pembangkang.

Mereka tidak faham bahawa ada dua jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.
 
 Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang. Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara ini dibincang dalam DT BN kerana pada 17 Mac 2017 yang lalu, Dato' Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) Barisan Nasional memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan.

Hadi Awang akan kekal sebagai pencadang usul ini. Skop perbincangan DT Barisan Nasional malam tadi adalah mengenai dua pilihan :

1) Biarkan Hadi Awang bentangkan di bawah usul persendirian; atau

2) Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan pertama dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan.
 
 Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 hanyalah satu dakwaan dan tuduhan puak puak pembangkang sahaja. Lebih teruk puak puak liberal itu menuduh kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Nasruddin Tantawi, Ketua Penerangan PAS juga sudah bercakap mengenai keputusan DT BN ini. Nasruddin melihat cadangan Dato Zahid untuk BN membentangkan RUU355 adalah sebagai satu pilihan sahaja. Nasruddin menyatakan PAS kekal dengan format pembentangan asal RUU355.

"Pengisytiharan DT BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah _"kekal pada format asal"_.
 
 Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam _'mode standby'_ bagi menghadapi perbahasan di parlimen" ulas Nasruddin Tantawi

Puak liberal dan pluralisme ini meloncat yang bukan bukan. Dulu mereka meloncat kata PAS kena kencing bila Dato Zahid kata BN akan bentangkan RUU355. Kini bila BN tidak bentang dan PAS akan bentang secara bersendirian, mereka meloncat juga kata PAS kena kencing. 
 
Puak puak liberal ini yang sebenarnya kencing merata rata. Mereka hilang arah, hilang punca bila melihat ribuan orang Islam bersatu sokong RUU355 di Padang Merbok.

Lebih mereka runsing bila RUU355 ini menjadi medan penyatuan dan kesatuan ummah tanpa mengira parti politik dan warna kulit. Tuduhlah PAS kena kencing dengan UMNO, padahal format asal pembentangan RUU355 tidak pun berubah.
 
 Mati kutu lagilah puak puak liberal ini. Apa lagi yang mereka hendak cakap selepas ini?


Demikianlah Artikel RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS

Sekianlah artikel RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU355 MENYERLAHKAN MUSUH BARU PAS dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/03/ruu355-menyerlahkan-musuh-baru-pas.html

Subscribe to receive free email updates: