BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN

BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN
link : BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN

Baca juga


BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN

MUKTAMAT PAS TIDAK AKAN BERSAMA PAKATAN HARAPAN
MUNGKIN AKAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR

Pak Karamu-



RUU355: Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian bahawa tidak akan menyertai Pakatan Harapan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan DAP dan Amanah.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan ini telah terbukti tepat berikutan sikap penentangan berterusan DAP dan Amanah terhadap agenda Islam yang dibawa oleh Pas termasuk RUU355.

"Sikap ini jelas kelihatan di Parlimen pada 6 April 2016, ketika Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)  dan Setiausaha Agong Pas (Datuk  Takiyuddin Hassan) membentangkan RUU355," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pada Sidang Dewan Rakyat pada 6 Aril lalu, Abdul Hadi berjaya membentang RUU355 buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang.

Namun, sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP - Puchong), Gobind Singh Deo, (DAP - Gelang Patah), Lim Kit Siang dan beberapa lagi ahli parlimen pembangkang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan kesemua ahli parlimen terlibat untuk duduk atau mereka bakal berdepan hukuman keluar dewan ekoran daripada kekecohan yang timbul.


Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan Presiden Pas betul, di mana kedua-dua belah ibarat 'biawak hidup' di mana satu belah tidak berani membawa, dan satu belah bukan sahaja menentang, bahkan hak Pas untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang.

"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang Presiden Pas dan Setiausaha Agong Pas di parlimen mengenai RUU355 kini cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada Pas tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan Pas," katanya.

Namun, ujarnya strategi lapuk ini tidak akan berjaya kerana Pas yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan di 2015.

"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan SPRM agar tindakan dapat diambil terhadap Pas sekiranya ada.

Pas akan memberikan kerjasama sepenuhnya.Pas akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya lagi.
 


Demikianlah Artikel BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN

Sekianlah artikel BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BIAWAK-BIAWAK DIDALAM PARLIMEN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/biawak-biawak-didalam-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: