Judul : Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif
link : Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif
Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif
Kisah Hero to Zero Membaca kisah arwah Thaqif sememangnya meruntunkan jiwa.
Apatah lagi emosi setiap anggota perubatan yang menguruskan beliau di hospital. Nyawa kanak-kanak adalah amat berharga.
Bukan mudah doktor membuat keputusan untuk memotong kedua belah kakinya dan kemudian merancang untuk tanganya.
Kesemua kemungkinan, punca, jangkaan pada masa hadapan pastinya telah diambil kira.
Kisah pilu arwah mengimbau kenangan saya semasa seorang doktor pelatih bersama pasukan pembedahan am.
Satu kisah hero menjadi zero.
Saya masih ingat pada malam itu, saya bersama doktor oncall bertugas mengurus pesakit di wad dan kes rujukan daripada jabatan kecemasan.
Apabila malam menghampiri puncaknya, kes rujukan yang baru beransur reda dan kami merancang keluar makan di kedai berhampiran hospital.
Namun, dalam perjalanan ke restoran, unit burn (kebakaran) menghubungi kami dengan cemas.
Pesakit kami seorang remaja yang dibakar hidup-hidup oleh penjenayah ketika mangsa cuba membongkar aktiviti jenayah curi motosikal di kawasan flatnya secara tiba-tiba berada di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Kami bergegas pulang bagaikan Superman ke unit kebakaran.
Sampai sahaja, kami bertungkus lumus meresusitasikan pesakit. Kami hampir putus asa. Kebakaran yang mangsa alami agak serius. Sekitar 60-70 peratus kebakaran di seluruh badan.
Dalam percubaan terakhir kami mahu menyelamatkan nyawanya, alhamdulillah kami berjaya. Ianya bagai satu kemenangan moral buat kami pada malam itu. Sudah pasti ahli keluarga amat gembira mendengar beritanya.
Kejayaan kami menyelamatkan nyawa anaknya membuat ibubapa mangsa dari tiada harapan anak mereka akan hidup kepada setiap hari penuh pengharapan anak mereka akan berjalan ke luar dari wad dengan gembira suatu hari nanti.
Namun, itulah detik permulaan kesengsaraan yang bakal dialami pesakit kami.
Hari demi hari, satu persatu anggota badannya rosak. Luar dalam penuh komplikasi. Berulang kali pembedahan dilakukan.
Mula-mula kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, kemudian tangannya menyusuli.
Matanya berkemungkinan buta akibat kebakaran. Pemindahan kulit gagal apabila kuman merosakkan kulit barunya.
Hampir 3 bulan mangsa merana di wad rapi unit kebakaran. Dan setiap kali saya melawat mangsa, setiap kali itu hati saya merasa merintih pedih.
Ada kekesalan pada diri saya. Pernah saya luahkan kata-kata ini kepada pasukan saya.
“Jika aku tidak lakukan resus yang terakhir itu, barangkali dia tidak akan diuji sebegini teruk. Lebih baik patient ini mati pada malam itu daripada menanggung seksa ini”
Bagaimana pun, minda separa sedar saya melempang minda negatif saya. Kawan-kawan turut memberi sokongan moral.
Doktor hanya berusaha sebaik mungkin, Allah jua yang menentukan takdirnya.
Akhirnya, mangsa dijemput pergi oleh Malaikat Maut.
Ibubapanya yang pada fasa awal penuh harapan bertukar ke fasa penuh hiba mendengar perkhabaran dukacita tersebut.
Ya tuan puan, doktor bukan tuhan. Bukan juga Malaikat apatah lagi Nabi yang bermukjizat.
Kami adalah insan sama seperti anda yang dikurnikan setitis ilmu daripada lautan ilmu di dunia oleh Allah untuk manfaat manusia sejagat.
Kisah ini, bukan untuk memberitahu tuan puan bahawa cukup hanya dengan berdoa dan berserah kepada Allah sahaja pabila kita sakit.
Ini adalah konsep tawakal yang salah.
Apabila kita sakit, kena segera mencari penawar dan penyembuhnya. Dan pada masa konsisten berdoa kepada tuhan agar dikurniakan keampunan atas ujian yang diberi dan diberi kesembuhan.
Setiap perkara yang doktor lakukan akan ditimbang tara baik dan buruknya untuk pesakit kami. Sudah pasti antara baik dan buruk itu pastilah doktor akan cenderung kepada kebaikan.
Semoga Arwah Thaqif, damai di syurga.
Dan marilah kita jadikan kisah arwah dan kisah pesakit kebakaran saya sebagai satu iktibar dan pedoman dalam kehidupan.
Segala yang baik adalah datangnya daripada Allah, dan yang buruk juga datang daripada-Nya atas kelemahan manusia.
Semoga anda beroleh sesuatu melalui perkongsian ini.: Dr Afiq Rahim Masih terkejut dengan khabar duka Arwah Thaqif. Al-Fatihah ~
by noreply@blogger.com (aku newbies) via pasembur
Demikianlah Artikel Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif
Sekianlah artikel Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Doktor Afiq Rahim Luah Perasaan Terhadap Kematian Adik Thaqif dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/doktor-afiq-rahim-luah-perasaan.html