#GST : Mufti PP dinasihat buat homework

#GST : Mufti PP dinasihat buat homework - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #GST : Mufti PP dinasihat buat homework, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #GST : Mufti PP dinasihat buat homework
link : #GST : Mufti PP dinasihat buat homework

Baca juga


#GST : Mufti PP dinasihat buat homework

Kenyataan JAKIM mengenai GST: Mufti PP seeloknya buat kajian terlebih dulu tentang sistem percukaian dan ekonomi sebelum buat kenyataan melulu..

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

ISU CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN
(GOOD AND SERVICES TAX - GST)
____________________

1. Jakim mengambil perhatian dan memandang serius berkaitan isu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (Good And Services Tax - GST) yang disiarkan oleh media massa. Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 telah memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

2. Sebelum GST dilaksanakan, banyak kajian telah dijalankan secara terperinci untuk melihat tahap keperluannya. Kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi memenuhi tujuan ekonomi, tujuan sosial dan kepentingan rakyat meliputi aspek kesihatan, pendidikan, tempat rekreasi, kebajikan dan keselamatan. Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi kepentingan umum (maslahah) ini.

3. Inisiatif Kerajaan Ini adalah selaras dengan pandangan para ulama' seperti Ibn Hazm, Ibn al-Musili, al-Syafi'i, al-Syatibi dan Ibn Khaldun yang membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara. GST juga bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia, tetapi juga telah dilaksanakan di Negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) seperti Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir, Kazakhstan, Bangladesh, Algeria, Azerbaijan dan Uzbekistan. Malahan Arab Saudi juga sedang membuat persiapan ke arah tersebut.

4. Justeru, Jakim menasihati semua pihak supaya memahami dengan lebih teliti kaedah pelaksanaan GST di Malaysia sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham di kalangan masyarakat.

Sekian

TAN SRI DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
30 April 2017


Demikianlah Artikel #GST : Mufti PP dinasihat buat homework

Sekianlah artikel #GST : Mufti PP dinasihat buat homework kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #GST : Mufti PP dinasihat buat homework dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/gst-mufti-pp-dinasihat-buat-homework.html

Subscribe to receive free email updates: