Judul : INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA
link : INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA
INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA
Kajian Invoke penuhi piawaian antarabangsa
SHAH ALAM – Kajian yang dijalankan oleh Invoke Malaysia memenuhi piawaian yang ditetapkan dan juga mematuhi spesifikasi antarabangsa.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak Invoke mempunyai kakitangan seramai 30 orang yang bekerja selama 12 jam sehari bagi menjalankan analisis dan mengumpul data yang diperlukan bagi melengkapkan kajian.
“Kalau Pas mahu kata (kajian Invoke) ramalan ahli nujum, silakan. Saya terima dengan hati terbuka. Kaedah yang saya guna pakai mengikut piawaian dan agregat yang ditetapkan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kajian Invoke hanya perang psikologi]
“Kami jalankan kajian mengikut hak sokongan berdasarkan negeri, umur, jantina dan sebagainya. Jumlah responden yang turut serta adalah paling besar berbanding kaji seleidik sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, kajian yang dibuat oleh pihaknya memang tidak pernah menggembirakan mana-mana parti kerana ia menggambarkan sentimen sebenar rakyat negara ini.
“Suka atau tidak. Itu adalah keputusan (kajian) yang masing-masing (parti politik) perlu terima. Invoke sudah cuba yang terbaik supaya kita dapat bentangkan sentimen sebenar rakyat, terutamanya pengundi atas pagar.
“Pengalaman saya sebagai ahli politik, saya hanya dapat maklum balas daripada penyokong kita sahaja.
“Pengajaran daripada PRU lepas adalah penting bagi parti politik menyelami sentimen sebenar pengundi atas pagar. Isu rakyat yang mungkin terlepas pandang, mungkin boleh diketengahkan,” katanya lagi.
Kajian mengenai Pas dijalankan dengan menggunakan kaedah temuramah menerusi telefon.
Difahamkan, kaji selidik itu dijalankan selama dua bulan dari 6 Februari ke 6 April tahun ini.
Menurut Rafizi, pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kaji selidik berkomputer Invoke.
Seramai 1.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak
Dari jumlah itu, 116,922 orang pengundi mengangkat telefon dan 10,523 orang pengundi menjawab kesemua 40 soalan yang ditanya.
Demikianlah Artikel INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA
Sekianlah artikel INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel INVOKE HANYA MIMPI SEKULAR ANTARA BANGSA dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/invoke-hanya-mimpi-sekular-antara-bangsa.html