Judul : KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN
link : KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN
KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN
PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN
PADA PRU 14 ADALAH KERANA DIDALAM
PAKATAN HARAPAN ADA DAP DAN JUGA PAN.
PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PKR ADALAH KERANA PUTUSNYA
HUBUNGAN ANTARA PAS DAN PKR.
PERCAYA ATAU TIDAK ?
KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN ADALAH KERANA
MEREKA MENENTANG RUU355 !
PERCAYA ATAU TIDAK ?
SELEPAS PRU 14 ADA MUSIBAH KERANA
TOLAK RUU355 !
PERCAYA ATAU TIDAK ?
RAMAI PIMPINAN DARI PKR DAN PAN
AKAN TERSUNGKUR PADA PRU 14,
PERCAYA ATAU TIDAK?
HANYA MAT SABU MENANG TIPIS DITEMPAT PENGUNDI CINA,
-Pak Karamu-
Pas lebih yakin kajian sendiri
SHAH ALAM - Pas sama sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh NGO, Invoke Malaysia, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan luar itu , adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan parti itu.
“Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh dipercayai.
“Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya.
Mohd Khairuddin berkata, kajian dilakukan Pas adalah strategi parti bagi memastikan parti Islam itu menang pada setiap kerusi yang ditandingi.
“Oleh sebab itu, kita tak hebah kajian kerana kita buat strategi berdasarkan kajian itu. Malah, kajian jentera Pas lebih telus, mereka turun padang pergi rumah ke rumah.
“Kita ada jentera tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala dan kajian kita paling lengkap hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik guna telefon.
“Kita yakin Pas boleh menang meskipun Amanah akan bertanding menyebabkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang. Insya-ALLAH Pas masih boleh menang kerusi yang banyak,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keyakinan Pas juga didorong sokongan rakyat setelah Pas tidak lagi bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Rakyat sudah bersama Pas, orang Islam terutamanya bersama dengan Pas,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas juga menjalankan kajiannya.
"Tidak mengapa, kita tunggu pilihan raya. Kami pun ada kajian juga," katanya.
Bagi Ketua Muslimat Pas, Nuridah Salleh, beliau menyifatkan kenyataan Rafizi itu sekadar membina persepsi.
"Kebiasaannya Pas bertanding melawan Umno dalam kawasan majoriti Melayu. Jadi kawasan majoriti Melayu, undi bukan Melayu peratusannya kecil dan tiada jaminan mereka menyokong Amanah," katanya.
Beliau berkata, kini pelbagai persepsi dibina bagi menakut-nakutkan Pas.
"Realitinya rakyat ada pilihan ketiga bagi yang tidak menyokong BN atau Pakatan Harapan.
Manusia ini dinamik boleh berubah. Kajian yang dilakukan Invoke itu bukan konklusif," katanya.
Demikianlah Artikel KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN
Sekianlah artikel KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KAJIAN INVOKE ADALAH SEBAHAGIAN KEMPEN PKR/PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/kajian-invoke-adalah-sebahagian-kempen.html