KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU

KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU
link : KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU

Baca juga


KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU

 
 NAK JADI PENERANGAN PAS BIAR CERDIK
CAKAP JANGAN BERBELIT

-Pak Karamu-


 
Bila tangguh, maknanya Pas kerja lebih keras!
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Jika 'tangguh' itu suatu yang sangat merugikan Pas, maka sudah tentu musuh Pas akan beraya sakan meraikan penangguhan ini, itu persoalan dibangkitkan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penangguhan perbahasan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 kelmarin.

"Logiknya, Pas adalah pihak yang paling terkesan apabila Pindaan Akta 355 ini sentiasa tertangguh.


"Hikmahnya bila tangguh, Pas terus bekerja gigih mengangkat isu RUU 355 ini dan memahamkan masyarakat mengenainya. Ia baik untuk kefahaman Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ahli parlimen pembangkang marah dengan penangguhan bahas itu kerana hasrat mereka untuk menggagalkan Pindaan Akta 355 melalui undi menolak dalam belah bahagian sebagaimana yang dirancang oleh mereka  tertangguh lagi.

"Mereka marah RUU 355 ditangguh. Kononnya kerana mereka mahu berbahas. Saya sendiri tidak tahu bahawa mereka mahu bahas Pindaan Akta 355. Saya jangka mereka tidak mahu berbahas mengenai isu RUU 355 ini. Sebab semua orang saksikan bagaimana mereka berkali-kali bangun menghalang usul dibentang oleh Abdul Hadi.

"Jelas sikap mereka mahu melengahkan masa, mengganggu perjalanan mesyuarat dengan menggunakan pelbagai helah dan terang-terangan mempersoalkan kenapa RUU 355 ini diberi laluan, pula kepada Abdul Hadi," katanya lagi.

Khamis lalu, sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Abdul Hadi bangun membentangkan usul untuk meminda RUU 355.

"(Sidang) Parlimen kali ni dah macam mahkamah lah pula," tegur Speaker DewanRakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika pelbagai hujah dilemparkan ahli parlimen ketika Abdul Hadi membentangkan usulnya itu.

Sebaik sahaja Abdul Hadi bangun untuk membentang usul RUU 355, beberapa ahli parlimen lain termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao-Leung dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, bangun membantah usul yang bakal dibentang.

Kekecohan yang berlaku juga turut memperlihatkan beberapa ahli parlimen lain turut bangun bertingkah sesama sendiri.

Keadaan ini memaksa Abdul Hadi yang sudah bersedia untuk membentang usul tersebut bangun dan duduk beberapa kali tatkala ahli parlimen lain bangun membantah bidang RUU tersebut.

Pandikar pada sesi sebelah petang kemudiannya memutuskan untuk membuat penangguhan perbahasan RUU 355.

Bagaimanapun, sidang dewan yang ditangguhkan lebih awal, kira-kira jam 4 petang menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin pembangkang.


Demikianlah Artikel KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU

Sekianlah artikel KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERJA SYAITAN MEMANG MENGGANGGU dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/kerja-syaitan-memang-mengganggu.html

Subscribe to receive free email updates: