KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN

KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN
link : KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN

Baca juga


KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN

Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian  pelajar tahfiz  yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya  sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh," kata beliau di laman Twitternya hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.

Berikutan itu, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi  di Hospital Sultan Ismail,   Johor  Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya. - Bernama


Demikianlah Artikel KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN

Sekianlah artikel KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES BUNUH, MENYEBABKAN KEMATIAN dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/kes-bunuh-menyebabkan-kematian.html

Subscribe to receive free email updates: