Judul : KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT
link : KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT
KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT
Pas tidak perlu buang masa isu parti lain
KOTA BHARU - Pemimpin Pas tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu yang hampir pasti tidak akan berlaku seperti menggesa Amanah dan Bersatu tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang akan Pas tandingi dalam PRU14.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata, gesaan itu juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa Pas tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah serta pihak bersikap keras terhadap Islam.
“Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Amanah dan Bersatu tidak mengganggu kerusi Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah menegaskan hal tersebut dalam beberapa kenyataan media, yang mana pada 19 Disember 2016 beliau menyebut betapa Pas akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama Pas tersebut.
“Turut ditegaskan adalah betapa Pas sedang mengkaji dengan mendalam setiap satu per satu kerusi yang ada di negara kita, betapa keputusan Pas tidak akan tertakluk kepada mana-mana pihak dan betapa Pas akan hanya membuat keputusan apabila tiba masanya yang sesuai,” katanya.
Menurutnya, begitu juga pada 25 Mac 2017, Abdul Hadi menyebut betapa Pas tidak bersama Pakatan Harapan kerana di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus-menerus menentang Islam dan tidak menyertai Barisan Nasional yang dibelenggu masalah dan penyakit.
Dalam kenyataan itu juga, Presiden Pas telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai BN laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'.
Berdasarkan kenyataan Presiden Pas itu katanya, tidak wajar mana-mana pemimpin Pas melontarkan apa-apa cadangan yang boleh membayangkan kesediaannya untuk menjalinkan kerjasama tidak langsung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN.
Apatah lagi menurutnya, bila pemimpin Pas, termasuk Mursyidul Amnya, Hashim Jasin, telah berulang kali menegaskan betapa Pas akan menyertai PRU 14 melalui blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang membuka pintu kepada sesiapa saja yang menerima kepimpinan Islam.
“Apakah ertinya penawaran blok ketiga yang menawarkan budaya politik matang dan sejahtera jika ia mengharapkan kerjasama blok kedua, yang 'biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah' berbanding blok pertama, untuk mengalahkan blok pertama?” soalnya.
Felo Utama, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia itu juga berkata, apatah lagi bila sebahagian besar pemimpin blok kedua itu telah berulang kali menegaskan tekad untuk merampas kerusi milik Pas, malah untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan, termasuk menguar-uar kononnya undian untuk Pas menyamai undian untuk Umno.
“Pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi,” katanya.
Demikianlah Artikel KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT
Sekianlah artikel KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KHAIRUDDIN AMAN RAZALI LEBIH BAIK TUTUP MULUT dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/khairuddin-aman-razali-lebih-baik-tutup.html