LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !

LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN ! - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !
link : LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !

Baca juga


LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !


Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

SUNGAI BESI - Naib presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan  itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

"Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

"SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

"Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin," katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.

"Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

"Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

"Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis," tegasnya.


Demikianlah Artikel LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN !

Sekianlah artikel LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LA CERITA CIUM BONTOT ANJING RUPANYA, PAS LANGSUNG TAK TERKESAN ! dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/la-cerita-cium-bontot-anjing-rupanya.html

Subscribe to receive free email updates: