Mencari demokrasi DAP.....

Mencari demokrasi DAP..... - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mencari demokrasi DAP....., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mencari demokrasi DAP.....
link : Mencari demokrasi DAP.....

Baca juga


Mencari demokrasi DAP.....


Hari ini (9 April 2017) pemimpin diktator 51 tahun Lim Kit Siang terpaksa mengeluarkan kenyataan media (lebih kepada helah sebenarnya) berhubung hasratnya mentadbir Malaysia.

Helah berbahasa kebangsaan (barangkali dikarang oleh budak PANPKR suruhannya) menafikan bahawa dirinya mahu menjadi Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri pun bukan katanya.

Sukalah Suara Lensa memetik helah beliau pada perenggan pertama siaran lidah rasmi DAP, RoketKini yang berbunyi :


“Idea untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak pernah terlintas di fikiran saya, WALAUPUN Perlembagaan Malaysia membenarkan mana-mana rakyat Malaysia menjadi Perdana Menteri.”

Sengaja penulis tekankan perkataan WALAUPUN.


Jelas di sini bahawa Lim Kit Siang sebenarnya mahukan jawatan Perdana Menteri! Atau setidak-tidaknya anaknya Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri.

Namun penulis merasakan jawatan Perdana Menteri bukanlah cita-cita sebenar Kit Siang dan anaknya. Ini kerana, Kit Siang lebih mengutamakan kuasa berbanding jawatan semata-mata.

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita jenguk apa yang ada dalam parti mereka, DAP.

Jawatan Pengerusi langsung tidak dipandang walau sebelah mata. NO POWER, buat apa. Tetapi anaknya Guan Eng di tempatkan pada kerusi Setiausaha Agung. Sedia maklum, lain-lain jawatan akan tunduk menyembah pada Setiausaha. Ini barulah POWER yang diidamkan!

Sementara Kit Siang sebagai Penasihat parti. Bagi pakar politik terutamanya di luar negara ataupun organisasi luar, ini adalah strategi yang bagus. Kit Siang dilihat mahu menjadi King Maker.

Beliau mungkin sudah berjaya di dalam DAP. Parti anak beranak ini sudah disusun oleh si King Maker tanpa sebarang masalah. Jika ada pun ia tidak memberi kesan yang banyak kepada pemerintahan Dinasti Lim dalam DAP.

Jika ada 'Presiden' di dalam DAP pun belum tentu Kit Siang dan anaknya mahu. Bagi mereka kuasa adalah lebih utama. Inilah resepi kejayaan anak beranak ini mempertahankan Dinasti Lim.

Kalau jadi ketua atas kertas, kena turun padang ke sana ke mari. Hari-hari kena tunjuk muka pada pengundi. Kalau ketua dalang, hanya pantau dari rumah saja. Arahan pula boleh diberikan menerusi telefon. Selebihnya, anak-anak buah yang buat.

Mungkin cara kerja sedemikian diidamkan oleh Kit Siang? Sebab itu pejabatnya di Gelang Patah hanyalah sekadar perhiasan? Biar anak buah saja yang buat kerja sementara beliau hanya mengeluarkan arahan itu ini dari Pulau Pinang, Hong Kong dan entah dari mana?

Jika tanggapan ini salah, mengapa pengundi di Gelang Patah terpaksa mencari Ahli Parlimen mereka? Para pengundi di sana terpaksa mengeluarkan belanja untuk menaikkan kain rentang dan poster semata-mata mahu menjejaki Ahli Parlimen mereka yang hilang dari kawasan!

Baca di SINI

Bagaimana hilangnnya Kit Siang daripada radar parlimen sendiri, begitulah hilangnya demokrasi di dalam parti DAP... Tepat sekali apa yang pernah diperkatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini bahawa DAP adalah sebuah 'syarikat ayah dan anak'.

Pembaca yang waras dan matang, selaklah sedikit sejarah. Pimpinan MCA sudah menukar kepimpinan mereka banyak kali. Tetapi DAP masih lagi diperintah oleh Kit Siang. 51 tahun, bukanlah satu tempoh masa yang singkat.

Selepas ini mungkin kuasa akan digantikan kepada anaknya Guan Eng. Selepas itu anak kepada Guan Eng pula. Sampai bila ia akan berlaku? Di mana keadilan dan demokrasi kepada ahli DAP yang tiada tali persaudaraan dengan keluarga Lim?

Bayangkan jika cara sebegini dipraktikkan dalam pentadbiran sesebuah negara. Adakah ia adil buat seluruh rakyat Malaysia? 


Demikianlah Artikel Mencari demokrasi DAP.....

Sekianlah artikel Mencari demokrasi DAP..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mencari demokrasi DAP..... dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/mencari-demokrasi-dap.html

Subscribe to receive free email updates: