Judul : MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH !
link : MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH !
MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH !
Isu karikatur: Sensitiviti antara kaum perlu dijaga
SHAH ALAM - “Bahaya jika kita tidak menjaga sensitiviti antara kaum,” demikian kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob bagi mengulas lakaran karikatur daripada akhbar berbahasa Cina yang dilihat menghina Islam.
Beliau berkata, jika perkara sebegini dibiarkan , ia akan menimbulkan suasana yang tidak baik di negara majmuk seperti Malaysia.
Menurutnya, jika bercakap tentang perpaduan mungkin ia nampak senang, tapi di negara kita ini sepatutnya menggunakan kepelbagaian anugerah yang ada di dalam memakmurkan negara seperti makanan.
“Pelbagai jenis makanan ada..makanan Cina, Melayu dan India semua boleh didapati di Negara kita.
“Jadi bercakap tentang itu, kefahaman penting dalam kepelbagaian ini kerana hubungan komuniti sangat penting,” katanya ketika ditemui semasa hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf, hari ini.
Tambahnya, beberapa inisiatif dapat dilakukan bagi mengeratkan hubungan antara kaum ini seperti mewujudkan aktiviti sukan dan kokurikulum yang dilakukan bersama di pelbagai peringkat. Ini dapat memberi ruang anak muda bergaul dan mengenal bangsa lain serta mampu memupuk rasa hormat sesama mereka.
Jelasnya, perkara ini mampu menjadi ‘tambah nilai’ yang penting dalam tatanegara.
“Tidak tolak kemungkinan isu-isu sebegini mungkin ada agenda tertentu oleh pihak-pihak berkaitan, jika kita tidak jaga sensitiviti ini, ia berbahaya untuk perpaduan kita,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyokong langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memanggil pengarang akhbar terbabit.
Katanya, baginya, ia penting sebagai pengajaran kepada semua pihak bagi memastikan agar tidak melakukan perkara-perkara yang melepasi garisan yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Ayub turut memberi pandangan tentang isu-isu berkaitan laporan orang hilang.
“Sebenarnya kita ambil utama kepada kes-kes sebegini. Sistem yang ada pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menyeluruh dan dalam beberapa saat maklumat akan disebar oleh sistem sehingga ke sempadan bagi mengesan mangsa.
“Saya nasihatkan kepada orang ramai, jika ada spekulasi yang tidak sahih usah dipanjangkan bagi mengelakkan ianya berlanjutan. Biar polis jalankan siasatan dahulu bagi mengetahui punca dan kejadian sebenar,” katanya.
Demikianlah Artikel MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH !
Sekianlah artikel MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MEREKA MEMANG SUKA MULAKAN PERGADUHAN ! BIARKANLAH ! dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/04/mereka-memang-suka-mulakan-pergaduhan.html