Judul : Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit
link : Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit
Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam nampak agak berang dengan tindakan beberapa negara yang memboikot minyak sawit dari Malaysia.
Kata Najib, Malaysia dan Indonesia akan bertindak balas terhadap negara-negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) yang memboikot minyak sawit.
Jelas Najib, beliau telah berbincang dengan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini, supaya Malaysia dan Indonesia melalui Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) meyakinkan negara-negara berkenaan bahawa dakwaan negatif terhadap minyak sawit adalah tidak berasas sama sekali.
"Kita mesti beritahu mereka (negara-negara yang memboikot minyak sawit), Malaysia dan Indonesia bukan negara yang tidak ada kemampuan, kita juga beli banyak produk daripada negara mereka.
"...dan siapa yang memboikot minyak sawit mungkin akan berdepan tindakan balas dari Malaysia dan Indonesia,"
Najib berkata demikian ketika dalam ucapan perasmian Sambutan 100 Tahun Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram di Bestari Jaya semalam.
Satu tindakan tegas dari Malaysia dan Indonesia. Rakyat khususnya peneroka pastinya menyokong dan berdiri teguh di belakang Najib. Thank you sir!
Demikianlah Artikel Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit
Sekianlah artikel Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amaran @NajibRazak buat negara yang boikot minyak sawit dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/amaran-najibrazak-buat-negara-yang.html