Judul : BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM
link : BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM
BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM
Mampu tegakkan Islam lebih baik di Kelantan
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) kelantan menyatakan pihaknya mampu mengangkat Islam lebih baik di Kelantan.
Menurut perwakilan Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, Islam yang dibawa pihaknya tidak menindas mana-mana pihak dan bersedia berbincang dalam apa jua isu.
"Ini tidak ada sebarang perbincangan dan terus buat keputusan memutuskan tahaluf siyasi.
"Kita mahu tanya adakah mereka bersama aspirasi rakyat. Jika berlaku tiga penjuru siapa perlu dipersalahkan?," soalnya ketika membahaskan Ucapan Dasar Kongres AMK Malaysia, hari ini.
Beliau juga menyelar tindakan Pas yang mendakwa PKR menjadi pengkhianat kepada hubungan tahaluf siyasi.
"Mereka tuduh kita pengkhianat sedangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan jelas sokong pembentangn Rang Undang-Undang Akta 355," katanya.
Menjelaskan hubungan PKR dengan kerajaan Kelantan, beliau berkata ia sukar untuk ditafsirkan.
"Ada masa ia berjalan dengan baik. Kadang-kadang ia berlangsung dalam keadaan tegang.
Ramai yang tanya macam mana keadaan di kelantan, saya senyum dan hari ini 40 perwakilan hadir.
"Kita ambil maklum tentang hubungan telah diputuskan dan ia menjadi sejarah dan sejarah ini menjadi pengajaran kepada kami," katanya.
Jelasnya, masih belum terlambat untuk Pas kembali bersama Pakatan Harapan dan perbetulkan persepsi bahawa musuh sebenar adalah BN.
Demikianlah Artikel BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM
Sekianlah artikel BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BETULKAN DASAR DULU BARU CAKAP PASAL ISLAM dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/betulkan-dasar-dulu-baru-cakap-pasal.html