KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM

KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM
link : KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM

Baca juga


KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM


KENYATAAN MEDIA
28 Mei 2017 | 2 Ramadhan 1438H

Zaman kegemilangan negara Malaysia tidak pernah malap meskipun kepimpinan negara silih berganti. Ini dapat dilihat melalui pelbagai statistik dan kajian pembangunan serta tahap ekonomi yang terus berkembang dan semakin baik. Bahkan Malaysia masih mengekalkan status negara pesat membangun.

Ya memang tidak dinafikan ada segelintir pihak yang iri hati apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi negara kita hari ini. Terbaru, membaca artikel Zainudin Maidin (Zam) berkenaan UMNO yang dikatakan tidak ada lagi masa depan, ianya jelas menunjukkan keluhan iri hati dan suara sakit hati 'bos' nya yang sehingga ke hari ini masih gagal membuat 'rampasan kuasa' walau sudah diberi peluang menerajui negara selama 22 tahun yang lalu.

Zam yang dahulunya sering bertungkus lumus di meja berita Utusan bagi memberikan imej baik dan menceritakan kehebatan negara di bawah kepimpinan UMNO dan bos nya. Barangkali hari ini mungkin sudah terlupa asal usul perjuangan dan hala tuju sebenar dek disebabkan terlalu lama menjadi seorang pentaksub dengan bos nya yang gila kuasa. 

Disebalik kehebatan beliau menulis, beliau juga pernah diberi peranan sebagai Menteri Penerangan satu ketika dahulu oleh YAB Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) semasa menyandang jawatan Perdana Menteri. Sebuah portfolio yang cukup tinggi bagi memacu pemikiran baru negara dalam media massa. 

Namun keyakinan rakyat semakin hati semakin menurun dan mulai pudar terhadap Perdana Menteri ke 5 ini apabila sang 'Mantan 22 Tahun' mulai menyerang kepimpinan negara kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan Pak Lah. Zam pada ketika ini merupakan orang paling berkuasa untuk membidas apa sahaja kritikan Mantan 22 Tahun kepada Pak Lah ini akhirnya gagal dan telah menyebabkan 5 buah negeri dirampas Pembangkang semasa Pilihanraya Umum ke 12 lepas.

Zam merupakan seorang Menteri Penerangan yang gagal di eranya dan sejarah ini berlaku 10 tahun yang lalu dan ramai ahli UMNO yang turut memperakui kegagalan tersebut.

Jika hendak diceritakan mengenai keyakinan rakyat terhadap UMNO, perlu ditanya kepada orang yang bersama dalam perjuangan UMNO sehingga hari ini, bukannya bertanya kepada mereka yang bergelar penentang kepada parti ini seperti Zam atau bosnya Sudah tentu banyak perkara yang negatif dikongsikan oleh Zam.

Suka saya nak ingatkan kepada Zam, berkaryalah berdasarkan fakta sebab ianya adalah prinsip dan nilai sebagai wartawan dan pengamal media. Fakta hari ini menunjukkan BERNAMA, RTM, Media Prima, Utusan dan lain-lain syarikat media cetak dan elektronik meningkat jumlah pembaca dan penontonnya disebabkan prinsip yang masih dipegang dengan baik. Malah berita dan artikel mereka masih dijadikan sumber rujukan utama kepada rakyat kerana setiap butir berita yang dikeluarkan benar-benar dapat meyakini rakyat.

Zam, jadilah seorang bapa yang baik kepada anak watan. Janganlah terikut-ikut perangai gila kuasa yang tebal dalam diri semasa anda diberi kuasa ketika menerajui Kementerian Penerangan. Ketika itu adalah detik masa yang amat baik untuk membawa misi visi yang hebat, namun anda gagal. 

Ingatlah wahai Zam, negara ini bukan hanya milik anda dan bos anda sahaja, rakyat di bawah ini berhak hidup dengan pemikiran dan gaya pemerintahan yang seiring zaman mereka. Propaganda kebencian yang sering anda dan bos anda lakukan bukan lagi boleh digunakan pada zaman ini kerana rakyat hari ini lebih cerdik menilai dan peka kepada persekitaran kehidupan mereka.

Kepada Zam dan rakan-rakan pengkhianat bangsa yang lain, anda semua adalah manusia yang tidak boleh menerima kekurangan diri sendiri. Jangan menunding jari kepada sesiapa dan berteriak menyalahkan orang lain. Negara ini dibina ketika zaman anda dan 'kegagalan' yang tercipta dari dalam minda fikiran anda adalah kegagalan anda sendiri.

Seolok-eloknya di akhir hidup ini, perbanyakkanlah waktu bersama cucu-cucu serta tingkatkan keimanan dan kerohanian kepada Pencipta daripada terus bergelumang dengan sikap yang suka memecah belahkan umah dan iri hati dengan kepimpinan sedia ada. Lebih baik berhenti menjadi penghasut.

DATUK RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


Demikianlah Artikel KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM

Sekianlah artikel KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEGEMILANGAN MALAYSIA TAK PERNAH MALAP KECUALI AKAL FIKIRAN ZAM dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/kegemilangan-malaysia-tak-pernah-malap.html

Subscribe to receive free email updates: