Judul : PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha
link : PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha
PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha
Pakatan Harapan mahu jumpa pengerusi SPR
PETALING JAYA - Pakatan Harapan mendakwa proses pilihan raya demokratik di negara ini yang tidak mencerminkan kebebasan dan keadilan.
Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, parti-parti politik yang merupakan pelanggan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih dinafikan pertemuan dengan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
Menurutnya, malah usaha Pakatan Harapan untuk menghubunginya secara bertulis tidak dilayan.
"Pengerusi SPR terkini telah menampilkan tingkah laku yang amat tidak profesional dalam sejarah SPR yang secara tidak langsung telah merendahkan taraf badan itu daripada sebuah suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan adil.
"Pelanggaran hak asasi dan kebebasan berorganisasi di negara ini yang menjadi tonggak utama proses demokrasi oleh institusi penjaga demokrasi seperti SPR adalah perbuatan terkutuk dan memalukan negara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Turut hadir dalam sidang media ini adalah bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Rahman, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa.
Tambahnya, kami sedar tekanan parti pemerintah terhadap SPR untuk memastikan BN dipilih semula dalam PRU14.
Katanya, tetapi sebagai badan yang diberikan tanggungjawab khusus dalam proses pilihan raya demokratik tidak harus menjadi 'kuda' BN.
Jadi, Pakatan Harapan memohon agar perjumpaan secara teratur dengan pengerusi SPR ini dapat dibuat bagi membincangkan pelbagai perkara mengenai pilihan raya. Antara tujuan pertemuan adalah membincangkan ketidaktelusan Daftar Pemilih iaitu dokumen terpenting dalam pilihan raya.
Sementara itu, Abdul Rashid berkata, salah satu perkara penting dalam proses pilihan raya adalah berdialog dan berjumpa dengan pihak SPR.
"Kalau nak jumpa badan (SPR) ini pun tidak boleh, pilihan raya yang dipanggil demokrasi ini tidak bermakna. Ini adalah perkara yang serius.
"Apa pun kalau ada pilihan raya penting ialah ketentuan rakyat bukan badan yang jalankan pilihan raya tentukan siapa menang siapa kalah. Pilihan raya biarlah ada keterbukaan supaya rakyat dapat buat pilihan.
"Semua rakyat selesa nak pergi mengundi dan tiada orang yang di 'francaiskan'. Maksudnya nama pengundi yang sepatutnya ada tapi dibuang dan kalau ini berlaku, ia adalah satu perlanggaran hak asasi yang teruk," katanya.
Demikianlah Artikel PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha
Sekianlah artikel PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAKATAN HARAPAN BELASAH SPR ha, ha, ha, ha dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/pakatan-harapan-belasah-spr-ha-ha-ha-ha.html