Judul : PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL
link : PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL
PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL
'Agenda PKR, Pas masih sama'
MELAKA - “Saya tidak akan menyempitkan pemikiran saya hanya kerana kenyataan majlis ulama, biarpun terpaksa menghormati keputusan mereka," kata Pengerusi PKR negeri, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata, pembangkang di negeri ini mempunyai keistimewaan dalam kerjasama walaupun Majlis Syura Ulama Pas membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi dengan PKR.
Ini katanya, mengambil kira semua kepimpinan Pakatan Harapan termasuk Pas di negeri ini masih mempunyai agenda sama, mahu kepimpinan sebuah kerajaan bersih.
“Saya yakin dalam kalangan anggota Pas di Melaka masih lagi mempunyai idealisme dan perjuangan yang tentunya meletakkan kepentingan Malaysia mengatasi masalah lain.
“Dalam konteks mempertahankan Parlimen Bukit Katil, tentunya saya ada hubungan yang baik dengan Pas,” katanya di sini.
Beliau berkata, mesyuarat kepimpinan Pakatan Harapan negeri juga akan diadakan tidak lama lagi untuk menjelaskan perkembangan terkini tersebut.
“Saya juga akan memanfaatkan Ramadan nanti dengan berdiskusi bersama kepimpinan Pas negeri kerana saya yakin dalam konteks Bukit Katil, ideolisme untuk sama-sama mempertahankan kemenangan rakyat pada PRU14 masih lagi subur," katanya.
Demikianlah Artikel PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL
Sekianlah artikel PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS AKAN BERTANDING DI BUKIT KATIL dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/pas-akan-bertanding-di-bukit-katil.html