Judul : PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG
link : PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG
PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG
Jadikan Langkah Kajang sebagai pengajaran: Hadi
SHAH ALAM - Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan, peristiwa pemecatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Langkah Kajang sehingga membebankan rakyat serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perlu menjadi pengajaran.
Menurutnya, bagi Pas, terdapat tiga komponen utama dalam menubuhkan kerajaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan negeri iaitu Islam agama negara, Institusi Raja Berperlembagaan wajib dihormati dan rakyat mengundi wajib diambil kira.
“Bukan sahaja parti bertanding dan calon yang menang dipilih rakyat sama ada atas nama dirinya atau parti.
“Jangan hanya bermain politik sesama dalam parti tanpa mengira segala komponen sistem pemerintahan yang menjadi rukunya,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.
Mengulas mengenai bai’ah, Abdul Hadi memaklumkan ia satu kewajipan bagi setiap calon parti bertanding dalam pilihan raya.
“Setelah mereka menang terus diikat dengan bai’ah. Inilah jawatan Exco yang dipegang oleh Adun Selangor yang tidak boleh diberhentikan sewenang-wenangnya, bukan dengan mencabut secara mudah,” katanya.
Jelasnya, bai’ah adalah rukun mengikat antara pemimpin dan rakyat dengan hukum ALLAH supaya tidak dikhianati berasaskan petunjuk Islam dan ia terbahagi kepada dua iaitu thawabit (hukum yang tidak boleh berubah sama sekali) dan mutaghayyirat (perkara yang boleh diubah mengikut situasi).
Demikianlah Artikel PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG
Sekianlah artikel PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENGKHIANATAN BERMULA DARI LANGKAH KAJANG dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/pengkhianatan-bermula-dari-langkah.html