Judul : TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE
link : TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE
TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE
Amanah hormat keputusan putus tahaluf siyasi
SHAH ALAM - Amanah Selangor menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, semalam.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, meskipun bersama dengan Pakatan Harapan, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang keputusan yang dibuat antara Pas dengan PKR.
Menurutnya, itu adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kehendak ahli-ahli parti tersebut.
"Keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Amanah. Amanah Selangor ingin menegaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Majlis Syura Ulamak Pas semalam memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]
Menurutnya lagi, semua pihak perlu sedar yang kepentingan bersama dalam Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di dalamnya.
"Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus dalam isu ini. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan dan tindakan berhubung kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor setelah mereka mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan dan bertindak keluar dari Blok Pembangkang.
"Amanah Selangor ingin menyeru kepada semua pihak supaya terus berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan tetapi juga mengambil alih Putrajaya daripada BN di dalam PRU akan datang. Rakyat Selangor pastinya akan menilai secara objektif perkembangan ini dan membuat keputusan yang wajar menjelang PRU14 nanti," katanya lagi.
Demikianlah Artikel TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE
Sekianlah artikel TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/tak-payah-ulas-pan-tak-de-kena-mengena.html