Judul : TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB
link : TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB
TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB
'Saya buat sebab nak ajar cara beradab'
PELAKON dan pelawak Sulaiman Yassin berkata, beliau tidak kesal diatas tindakan 'kasarnya' terhadap penerbit filem David Teo.
Memetik laporan media tempatan, Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Mat Over, menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian kerana mahu mengajar David 'mengenai adab terhadap pemimpin'.
“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.
"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," katanya petik Harian Metro.
[ARTIKEL BERKAITAN: Majlis penggiat seni bersama PM kecoh ]
Dalam pada itu,menurut David pula berkata, dia berhadapan dengan momen yang agak mencemaskan semalam.
"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.
"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.
Terdahulu, kecoh seketika majlis TN50 Penggiat Seni bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam apabila berlaku satu insiden memalukan.
Difahamkan insiden memalukan itu berlaku dihadapan Najib apabila seorang penerbit filem itu ditampar oleh seorang pelakon ketika sesi bersama selebriti dalam program berkenaan.
Namun, pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.
Demikianlah Artikel TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB
Sekianlah artikel TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TAMPAQ SEBAB NAK AJAQ BERADAB dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/tampaq-sebab-nak-ajaq-beradab.html