TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?

TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ? - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?
link : TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?

Baca juga


TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?


Contohi budaya politik matang Abdul Hadi, Shabery
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff 
 
KOTA BHARU - Pemimpin Umno dan Pas seluruh negara perlu mencontohi budaya politik matang dan sejahtera yang ditunjukkan di Terengganu oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana budaya tersebut bertepatan dengan kehendak majoriti rakyat yang menolak politik kotor berasaskan emosi, provokasi, benci, fitnah dan dendam.

“Rata-rata rakyat bosan dan muak dihadapkan dengan politik konfrontasi berpanjangan yang tidak menguntungkan kerana membawa perpecahan, ketegangan dan ketidakstabilan. Sebab itu Shabery dan Hadi wajar dipuji kerana boleh mengetepikan perbezaan politik kepartian untuk mengundang dan menerima undangan hadir dalam program kerajaan bagi kepentingan rakyat.

“Tidak dinafikan bahawa perseteruan antara Umno dan Pas sudah terlalu lama, walaupun begitu bila pemimpin tinggi kedua-dua parti mempamerkan kematangan mereka maka pastinya golongan akar umbi akan mencontohi,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, mengenai pertemuan antara Hadi dan Shabery baru-baru ini.

Menurutnya, tiada apa yang perlu disensasikan dalam kehadiran Hadi pada majlis pelancaran program tukun tiruan anjuran Shabery di Pulau Kapas itu kerana Hadi adalah Ahli Parlimen Marang manakala Shabery pula adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kamarul Zaman, yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia berkata, program sebegini jauh lebih bermanfaat kepada kehidupan rakyat, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara berbanding budaya sepanjang masa menelanjangkan satu sama lain yang cuba diterapkan oleh parti-parti tertentu.

“Sebelum ini, jika pemimpin Kerajaan Pusat tidak mengundang pemimpin parti pembangkang dalam program mereka, kecaman akan dibuat kerana kononnya kerajaan mengamalkan politik dendam, jadi bila ruang dibuka ia perlu dimanfaatkan.

“Budaya berpolitik tanpa mengira masa dan waktu seharusnya ditinggalkan kerana ia merugikan, lihat sahaja bangsa lain di negara ini mahupun di negara ini yang jauh lebih matang dalam berpolitik berbanding dengan bangsa kita yang sentiasa bergaduh.

“Kalau mahu dijadikan isu, banyak lagi pertemuan antara pemimpin kerajaan dan pemimpin parti pembangkang lain, termasuk DAP, PKR dan Amanah, yang berlaku sebelum ini tetapi ia tidak pula disensasikan,” katanya.

Kamarul berpendapat, kritikan ke atas Hadi ini didorong oleh perasaan dendam pihak tertentu terhadap beliau ekoran ketegasan beliau mempertahankan prinsip perjuangan dan tidak membenarkan Pas diperkuda oleh pihak lain.

“Kita perlu hormat kepada Pas dan tidak menyindir atau memperkecil parti itu, Malaysia adalah negara demokratik dan biarlah rakyat menentukan penerimaan mereka ke atas konsep budaya politik matang dan sejahtera Pas dalam PRU14.

“Pemimpin Umno di negeri lain, termasuk di Kelantan, wajar turut mengamalkan budaya politik matang dengan tidak membuat provokasi keterlaluan terhadap Pas selaras pesanan presiden parti itu sewaktu berkunjung ke sini dulu,” katanya.


Demikianlah Artikel TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ?

Sekianlah artikel TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TU HANYA NAK KASI DARAH MENYIRAP GRRRRRR ^%$#@*& ? dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/05/tu-hanya-nak-kasi-darah-menyirap-grrrrrr.html

Subscribe to receive free email updates: