DAP cuba label Islam, Melayu samseng

DAP cuba label Islam, Melayu samseng - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP cuba label Islam, Melayu samseng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP cuba label Islam, Melayu samseng
link : DAP cuba label Islam, Melayu samseng

Baca juga


DAP cuba label Islam, Melayu samseng


Ini bukan perkara main-main kerana ia menyentuh tentang isu agama dan perkauman.

Portal berita pro pembangkang The Malaysian Insight (dulu dikenali The Malaysian Insider) pada 11 Jun 2017 menaikkan satu artikel bertajuk 'Imam' dan rakannya dalam serangan bazar Ramadan ditahan polis'. ia sekaligus membuktikan Islam cuba diperlekeh dan dilabel sebagai jahat.


Apa sebenarnya yang berlaku di bazar Ramadan Bandar Kluang pada 10 Jun baru-baru ini sehingga orang Islam dan Melayu cuba dilabel sebagai samseng? Portal pro pembangkang termasuk media sosial pemimpin DAP kelihatan 'bersatu' dan penuh strategik apabila memainkan isu berkenaan.

Klip video yang dirakamkan oleh individu dipercayai geng DAP ditular. Sudut rakaman pula menunjukkan kumpulan peniaga sedang menyerang dan mengasari pemimpin DAP. Penulis juga hampir terpedaya dengan rakaman tersebut.

Namun, cara penulis yang lebih suka menyelidik dahulu sesuatu berita itu memberi kelebihan yang berguna. Mujur ada rakaman lain yang memaparkan sudut berbeza, wujud provokasi yang dicetuskan secara terancang oleh 'rombongan' DAP.




Secara peribadi, penulis pernah berkampung di kawasan Kluang ini ketika musim pilihanraya ke 13 (PRU13) yang lalu. Pemerhatian penulis, majoriti orang Melayu di sana cukup sepakat dalam segala hal terutamanya berkaitan Islam. Sedia maklum, kawasan bandar merupakan kubu kuat orang Cina totok DAP. Umpama skrip dalam filem aksi kongsi gelap, 'Ini kawasan gua, sana kawasan lu'.

Sudah nama pun bazar Ramadan, hanya beroperasi selama sebulan dalam setahun. Tetapi ia seolah-olah tidak dapat diterima dengan hati terbuka dan bertolak ansur. Walhal, ada saja pengunjung bukan Islam seperti orang Cina, India dan lain-lain yang turut memeriahkan suasana di bazar Ramadan ini.

Untuk makluman pembaca, kejadian seumpama ini pernah berlaku sekitar tahun 2007 apabila pemimpin DAP dikatakan pernah mendesak supaya bazar Ramadan Bandar Kluang dipindahkan ke kawasan lain. Kenyataan ini disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday. Desakan tersebut sudah pasti mengundang kemarahan para peniaga yang kebanyakkan terdiri daripada orang Melayu beragama Islam.

Setelah kira-kira 10 tahun, pemimpin DAP sekali lagi cuba bermain dengan emosi orang Melayu dan Islam. Barangkali mereka merasakan orang Melayu sudah lupa dengan apa yang berlaku pada tahun 2007.

Persoalan yang bermain-main ketika ini berhubung insiden di bazar Ramadan Bandar Kluang ialah :

Apa muslihat DAP datang ke bazar Ramadan dan mengedar kurma tetapi dalam masa sama menentang pemerkasaan undang-undang untuk orang Islam seperti RUU355?

Apakah orang Islam dan Melayu dapat menerima apabila dilabel sebagai samseng kerana kurma?


Demikianlah Artikel DAP cuba label Islam, Melayu samseng

Sekianlah artikel DAP cuba label Islam, Melayu samseng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP cuba label Islam, Melayu samseng dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/dap-cuba-label-islam-melayu-samseng.html

Subscribe to receive free email updates: