Judul : DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA
link : DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA
DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA
Arah siasatan terperinci nahas Hawk 108
KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci kejadian pesawat pejuang jenis Hawk 108 terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya.
Hishammuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.
Pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang ini.
Jasad kedua-dua juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemukan pada 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.
"Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108," kata Hishammuddin menerusi Twitternya.
"Semoga kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah #Hawk108," katanya. – Bernama
Demikianlah Artikel DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA
Sekianlah artikel DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DARI DULU LAGI TERPERINCI MESTI ADA dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/dari-dulu-lagi-terperinci-mesti-ada.html