Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya

Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya
link : Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya

Baca juga


Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya


11 Jun baru-baru ini, berlakunya satu nahas jalanraya yang tragis sehingga meragut lapan nyawa - enam daripadanya rentung. Sekitar jam 2.20 petang hari kejadian, empat kenderaan (treler, Myvi, Exora dan Vios) dilaporkan terlibat dalam nahas yang berlaku di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol.

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Jempol Supt Noorzainy Mohd Noor, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Keratong menghala ke Bahau cuba memotong sebuah motosikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak berjaya.


Treler itu kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan di sebelah kanan dan dalam masa sama sebuah Myvi yang datang dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau.

Kemudian telah datang Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar.

Justeru itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pantas mengambil langkah tepat apabila menggantung  Lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. bersama kesemua kenderaan di bawah pengendali tersebut berkuatkuasa 12 Jun 2017, sehari selepas kejadian.

Dalam kenyataan SPAD bertarikh 13 Jun 2017, tindakan itu bertujuan membolehkan siasatan audit pematuhan dapat dijalankan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP).

Disamping itu, pihak SPAD turut akan membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya diperlukan.

Sedia maklum, keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan barangan awam darat merupakan keutamaan bagi SPAD.

Dalam masa sama, SPAD juga tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Lesen Pengendali dan permit pengendali bahkan mengambil tindakan pentadbiran dan mahkamah jika pengendali terbabit didapati bersalah.

Mungkin bagi sesetengah pihak, tindakan SPAD ini tidak wajar. Iyalah, dah nama pun kemalangan, kata orang malang tidak berbau.

Tetapi bagi SPAD, ia harus disiasat kerana dikhuatiri wujud kesalahan yang berpunca daripada kecuaian manusia. Samada pemandu yang cuai, keadaan kenderaan yang tidak diambil berat dan seumpamanya.

Tindakan tegas SPAD dalam menguatkuasakan undang-undang yang ada berupaya memberi peringatan dan kesedaran kepada semua pihak supaya kejadian yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain tidak lagi berulang.


Demikianlah Artikel Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya

Sekianlah artikel Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gantung lesen pengendali treler, SPAD tegas demi keselamatan pengguna jalan raya dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/gantung-lesen-pengendali-treler-spad.html

Subscribe to receive free email updates: