Judul : JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA
link : JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA
JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA
JIKA TAK SAMAN BETUL LA CERITA TUH !
Dakwaan Najib bayar Shafee tidak benar
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Menurutnya, adalah mustahil akaun yang ditutup pada Ogos 2013 boleh membuat pengaliran wang keluar pada September 2013.
“Ini satu dakwaan yang tidak betul,” katanya dalam satu sidang media, di sini.
Khamis lalu, laman sesawang Sarawak Report mendakwa seorang peguam kanan menerima RM9.5 juta daripada Najib.
Laman sesawang itu mengaitkan bayaran itu dibuat melalui akaun bank milik perdana menteri, yang menerima dana daripada syarikat milik negara, SRC International Sdn Bhd iaitu bekas anak syarikat 1MDB.
"Pemimpin pembangkang sibuk membuat laporan polis kononnya Najib membayar RM9.5 juta pada 11 September 2013 dan 17 September 2014 dengan menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk penjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini adalah pembohongan yang melampau," kata Musa.
Beliau berkata, pembayaran yang didakwa kepada Muhammad Shafee tidak munasabah kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan hukuman muktamad Mahkamah Persekutuan pada 2015 dibuat berdasarkan kepada lapan orang hakim yang mendengar segala bukti.
“Muhammad Shafee tidak menerima sogokan untuk masukan Anwar dalam penjara kerana daripada keputusan yang telah dibuat lapan hakim, jelas Anwar telah disabitkan kesalahan," katanya.
Baru-baru ini AMK Selangor yang diketuai Afzainizam Rahman tampil membuat laporan polis mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan segera berkenaan dakwaan laporan Sarawak Report itu.
Menurut Afzainizam, mereka menggesa agar Anwar dibebaskan segera jika dakwaan Sarawak Report itu terbukti benar kerana jelas wujud campur tangan dan konspirasi politik dalam kes fitnah Anwar.
Pada sidang media yang sama, Musa turut menafikan kenyataan yang dibuat oleh laman sesawang Steadyaku47 artikel yang bertajuk 'Najib dan Shafee Abdullah Texting'.
"Dalam isu itu kononnya Najib menghubungi saya dalam kes Altantuyaa, dan semua itu adalah pembohongan.
"Beliau (Najib), tidak pernah sesekali pun menghubungi saya untuk membincangkan kes tersebut pada masa dan tarikh yang didakwa.
"Justeru, saya memohon polis mengambil tindakan tegas terhadap penyebar fitnah itu dengan segera," katanya.
Demikianlah Artikel JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA
Sekianlah artikel JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JIKA TAK BETUL ITU FITNAH, JIKA FITNAH SAMAN JE LA dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/jika-tak-betul-itu-fitnah-jika-fitnah.html