Judul : NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS
link : NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS
NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS
Keputusan permohonan batal saman Tony Pua 3 Ogos
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menetapkan 3 Ogos untuk keputusan terhadap permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan saman oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung isu salah laku dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Faizah Jamaludin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya di sini, hari ini.
Prosiding dalam kamar yang berlangsung di bilik mahkamah itu dilarang dihadiri media dan dijalankan secara tertutup.
Najib diwakili Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke manakala Tony Pua diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Aliff Benjamin Suhaimi.
Pada 16 Januari lalu, Tony Pua memfailkan saman dengan menamakan Najib dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Melalui pernyataan tuntutan, Tony Pua mendakwa Najib terbabit dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara itu, Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Tony Pua pada 14 Februari lalu atas alasan beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Tony Pua.
Kerajaan pula memohon untuk membatalkan saman itu pada 2 Mac lalu atas alasan Tony Pua tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengemukakan tuntutan tersebut selain ianya remeh, menyusahkan serta tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.
Demikianlah Artikel NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS
Sekianlah artikel NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NAJIB MINTA SAMAN DIGUGURKAN 3 OGOS dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/najib-minta-saman-digugurkan-3-ogos.html