Judul : Perjalanan karier Syed Hamid Albar
link : Perjalanan karier Syed Hamid Albar
Perjalanan karier Syed Hamid Albar
Mula menceburi politik sekitar tahun 1990 dan menguasai kerusi di Parlimen Kota Tinggi Johor, Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Albar terus menjadi pilihan dan mendapat tempat di hati masyarakat.
Bakti pemegang ijazah undang-undang dari Inns of Court, London (1970) terhadap masyarakat dan negara tidak dapat disangkal. Beliau pernah berkhidmat sebagai majistret, Menteri di Jabatan Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Namun, genap tujuh tahun, pemimpin yang berusia 73 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak sebagai Pengerusi SPAD sekaligus mengumumkan persaraan beliau bermula 3 Jun lalu.
Sudah tentu, keputusan ini memberi kesan kepada seluruh kakitangan SPAD. Tambahan pula Syed Hamid merupakan pemimpin pertama yang diamanahkan untuk mengepalai SPAD sejak ia ditubuhkan pada tahun 2010. Kejayaannya membawa pelbagai perubahan khususnya dalam soal pengangkutan awam di Malaysia diakui sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah segala perancangan Transformasi Pengangkutan Awam dan projek-projek SPAD yang diilhamkan Perdana Menteri sebagaimana yang diamanahkan kepadanya berjaya dikemudi dengan baik serta lancar.
Bagi Syed Hamid, beliau sudah melakukan yang terbaik demi masyarakat dan negara. Perasaan lega dan gembira jelas terpancar pada wajahnya apabila segala perancangan dan usaha SPAD berjaya memberikan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Menyingkap kembali cara kerja Syed Hamid, penulis masih ingat bagaimana beliau sanggup menyamar daripada dikenali orang ramai semata-mata mahu mendapatkan '1st hand information'.
Beliau akan turun ke lapangan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk media bagi mengetahui sendiri permasalahan-permasalahan yang melibatkan industri pengangkutan awam darat di Malaysia.
Sikap sebegini seharusnya dicontohi jika mahu menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Pencapaian dan keberhasilan diletakkan pada tempat tertinggi mengatasi populariti. Inilah yang membezakan selebriti dengan pemimpin. Selebriti akan berjaya selagi popular sementara pemimpin pula dinilai daripada sudut pencapaian dan khidmat baktinya.
Menyentuh tentang pengangkutan awam darat, isu yang membabitkan industri teksi sering diperkatakan. Namun bagi Syed Hamid, cabaran seperti itu perlu ditangani secara holistik dan menyeluruh. Ia membabitkan ramai pihak termasuk operator dan pengusaha selain daripada pemandu teksi itu sendiri.
Selain itu, isu 'menteri busy body' juga memenatkan. Iyalah, ramai sangat yang berminat untuk bercakap tentang pengangkutan awam darat. Hanya tahu cakap dan kritik semata-mata tetapi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada industri. Bagi penulis, ia cenderung kepada misi 'cantas mencatas' yang menjadi penyakit sukar dirawat. Itulah asam garam sebagai seorang pemimpin.
Tempat Syed Hamid akan diganti oleh seorang daripada Anggota Suruhanjaya sedia ada bagi menjalankan sementara tugas Pengerusi SPAD sesuai dengan peruntukan Seksyen 12 (a), Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010.
Nama penggantinya akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat. Syed Hamid mengharapkan Pengerusi SPAD yang baharu itu nanti dapat berkhidmat dengan lebih baik. Apa yang penting, mestilah kuat dan cekal berdepan dengan segala cabaran serta krisis. Tambahnya, SPAD bukanlah tempat atau 'pejabat' yang 'sunyi' daripada cabaran.
Baru-baru ini, penulis ada bertemu dengan Syed Hamid sebelum beliau berangkat ke tanah suci bersama keluarga bagi mengerjakan umrah. Katanya, beliau mahu menumpukan masa sepenuhnya bersama keluarga dan menikmati kehidupan seperti biasa.
Untuk makluman pembaca, Syed Hamid juga menjadikan pertanian sebagai hobi selain menulis sajak. Jangan terkejut, beliau sudahpun menulis lebih 600 sajak setakat hari ini!
Salam penghargaan buat Tan Sri Syed Hamid daripada kami di Suara Lensa. Selamat bersara. Semoga dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan baik berpanjangan, terus berbahagia disamping keluarga dan berada dalam lindungan Allah.
Jasa dan baktimu pasti dikenang untuk selama-lamanya.
Demikianlah Artikel Perjalanan karier Syed Hamid Albar
Sekianlah artikel Perjalanan karier Syed Hamid Albar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perjalanan karier Syed Hamid Albar dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/perjalanan-karier-syed-hamid-albar.html