SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?

SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ? - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?
link : SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?

Baca juga


SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?


 
PENGANJURAN  MAJLIS BERBUKA PUASA OLEH
 JGBT HARAM ? 

ALA, KALAU YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMA
MENDIAMKAN DIRI, ITU KIRA HALAL LAH !

SUDAH LAMA PENGHINAAN AGAMA BERLAKU TAPI SEMUANYA TUTUP TELINGA DAN MULUT
NAK HAIRAN APA ?


-Pak Karamu-
 
 
 
Big Gay Iftar mempermainkan hukum ALLAH
Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz

SHAH ALAM - Penganjuran majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah perbuatan yang haram di sisi Islam.

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, majlis berbuka puasa seperti itu bukan sahaja sia-sia bahkan mempermainkan hukum ALLAH.

Katanya, penganjuran majlis berkenaan juga bertentangan dengan ajaran Islam sebenar yang mengharamkan seks sejenis.

“Orang yang puasa perlu ikut semua perintah ALLAH dan puasa ini merangkumi semua perbuatan kita.

“Sekarang  ini  pula  wujud  golongan  yang tolak hukum ALLAH  tapi terima hukum lain dan itu tidak boleh dalam Islam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Hassan berkata demikian ketika mengulas mengenai program tersebut yang mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas ia didakwa dianjurkan pada 10 Jun lalu di Bangsar dengan mendapat penglibatan daripada pendokong LGBT di negara ini.

Hassan berkata, golongan sebegini sewajarnya dikenakan tindakan oleh jabatan agama Islam dan pihak berkaitan kerana telah mencemarkan imej Islam.

“Mereka  melanggar hukum ALLAH tapi dalam masa sama nak duduk sekali buka puasa. Kalau kita orang beriman, kita kena pegang semua suruhan ALLAH,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hassan memaklumkan bahawa golongan LGBT di negara ini semakin menular susulan daripada perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun.

Beliau berkata, perkembangan ini juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi orang ramai khususnya golongan muda untuk menyokong gerakan LGBT ini.

“Manusia ini dalam diri dia ada satu sudut yang lemah dan boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan mudah,” katanya.

Disebabkan itu, Hassan berkata, beberapa tindakan segera perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab  seperti menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan kelompok ini tidak bergerak bebas di negara ini.

Selain itu,  golongan  intelektual dalam Islam  juga  boleh dipanggil untuk membincangkan mengenai perkara ini dan hasil resolusinya boleh diambil untuk dilaksanakan.

“Kerajaan juga kena gubal satu undang-undang untuk  jangka panjang bagi elakkan rakyat negara ini terjebak dengan gerakan sebegini pada masa depan,” katanya.


Demikianlah Artikel SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ?

Sekianlah artikel SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SALAH ? DIMANA HAK MEREKA ? dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2017/06/salah-dimana-hak-mereka.html

Subscribe to receive free email updates: