Judul : DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA
link : DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA
DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA
Pilih Mahathir, atau Najib: Ini kata Pas
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tidak mencampuri urusan parti mereka.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas berhak mengatur sendiri parti mereka, dan tidak sama sekali memerlukan campur tangan luar dalam hal 'rumah tangga' mereka.
"Tun M jangan perasaan bahawa beliau masih PM, nak paksa orang lain.
"Pas ada pendirian sendiri," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Mahathir semalam yang meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M minta Pas buat pendirian sokong siapa]
Mengulas lanjut, Idris berkata kenyataan Mahathir itu sengaja dibuat bagi mengalih isu yang melanda Pakatan Harapan kini.
"Beliau nak alih isu sebenarnya, isu ketidakpuasan hati rakan komponen Pakatan Harapan berhubung isu 'berebut kerusi'.
"Ini semua taktik beliau sahaja, kami sudah masak dan faham akan perangai Tun M ini," katanya.
Dalam pada itu, Idris mengingatkan Mahathir bahawa parti mereka sama sekali tidak boleh dicucuk hidung.
"Beliau (Tun M) boleh cucuk hidung mereka dalam Pakatan Harapan namun bukan Pas," katanya.
Demikianlah Artikel DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA
Sekianlah artikel DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DARI PILIH MAHADHIR LEBIH BAIK PILIH PARIA dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2018/01/dari-pilih-mahadhir-lebih-baik-pilih.html