Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!

Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah! - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!
link : Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!

Baca juga


Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!

Bukan saja berjaya dalam soal pembangunan dan penambahbaikan berkaitan pengangkutan awam negara bahkan turut berjaya dalam soal intergriti melibatkan anggota organisasi.

Kejadian yang berlaku kelmarin wajar dijadikan contoh kepada semua pihak samada anggota dalam sesebuah organisasi mahupun masyarakat itu sendiri.

Cubaan seorang pemandu teksi untuk merasuah seorang pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gagal. Apa yang wajar dicontohi, pegawai tersebut menolak sogokan dengan cara berkhemah, bukannya mengherdik atau memalukannya.

Iyalah, penyakit rasuah sudah menjadi sebati dalam masyarakat kita. Sampaikan nak potong barisan ketika membayar di pasaraya pun ada yang sanggup merasuah.

Salah tetap salah.

Pemandu teksi berusia 40an berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Beliau berjaya ditahan dalam Operasi Khas Tegas yang dijalankan SPAD di KLIA tengah hari semalam, kira-kira jam 12.30pm.

Jurucakap SPAD berkata, pemandu teksi berkenaan didapati tidak mempunyai kad pemandu dan gagal mengemukakan salinan permit perkhidmatan ketika diperiksa

"Ketika menjalankan pemeriksaan di pintu lapan, aras lima Balai Pelepasan KLIA, kami mendapati seorang pemandu teksi melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

"Kenderaan lelaki itu perlu disita namun lelaki itu merayu teksinya tidak disita sebelum mengeluarkan sejumlah wang dan cuba memberikan kepada anggota beberapa kali," katanya.

"Pegawai penguat kuasa kami Mohd Syamil Dzulkifli memberi amaran keras kepada pemandu. Seterusnya pemandu dibawa ke pejabat SPAD KLIA untuk diambil keterangan dan tindakan selanjutnya.

"Manakala kenderaan disita ke depoh sitaan SPAD di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk siasatan. Satu laporan polis dibuat mengenai penyitaan itu," katanya.

Tindakan pegawai SPAD yang tidak makan rasuah ini wajar dipuji dan diharap menjadi teladan kepada pegawai yang lain dan pemandu teksi sendiri.


Demikianlah Artikel Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah!

Sekianlah artikel Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maaf, pegawai @SPADChannel tak makan rasuah! dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2018/01/maaf-pegawai-spadchannel-tak-makan.html

Subscribe to receive free email updates: