Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa

Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa
link : Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa

Baca juga


Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa

Penulis bukanlah jurnalis bacul yang lari daripada melihat, mendengar atau membaca sesuatu isu.

Kisah Nazif Najib hangat diperkatakan apabila tersebar video dan gambar dikatakan miripnya bersama selebriti Taiwan. Rakaman yang mengatakan sedang meminum 2 botol wain, sedang menaiki teksi dan lif di dakwa di sebuah hotel. Tidak disebut atau disiarkan rakaman mereka melakukan hubungan seks. Portal berita dari Taiwan dikatakan ada memetik kenyataan wanita tersebut yang mengatakan beliau beredar selepas minum bersama Nazif.

Ok ada masalah?

Ada. Ini masalah Nazif secara individu. Ibarat kata, ini adalah dosa beliau dengan Tuhan sekiranya beliau minum arak dan melakukan perkara yang salah disisi agama Islam.

Ia tidak melibatkan kita. Bahkan bapanya bekas Perdana Menteri tidak menanggung dosa berkenaan. Sudah tentu Nazif telah melepasi usia akil baligh? Najib mungkin gagal mendidik anaknya. Najib juga mungkin akan dapat 'bahagiannya' nanti. Tapi kita tidak tahu samada Najib mungkin sudah menjalankan tanggungjawab beliau sebagai bapa - Tegur dengan perbuatan, lidah, niat (doa). Kita tak tahu.

Ok Nazif adalah anak pemimpin. Andai beliau melakukan kesalahan, beliau tanggung sendiri. Bagaimana pula dengan anak pemimpin nombor satu dalam negara hari ini?

Sedia maklum, anak kepada Perdana Menteri Mahathir dikatakan mempunyai kilang arak! Bukankah dosa orang yang menghidangkan arak sama dosa dengan orang yang meminum?

Jika tadi Nazif tanggung dosa sendiri, kali ini bagaimana dosa tokey kilang arak? Berapa ramai peminum arak yang beragama Islam? Tiadakah saham si tukang hidang air kencing syaitan ini? Pembaca boleh rujuk dalam youtube. Ramai pemimpin seperti Anwar Ibrahim pernah bercakap soal tokey kilang arak yang kaya raya ini.

Menteri agama Mujahid dari parti boneka DAP, PAN. Portal berita selalu sebut beliau anak kepada pemimpin utama PAS - antara yang terawal memimpin PAS. Secara tepatnya mursyidul am PAS pertama Yusof Rawa. Namun dalam setandan pisang tidak semuanya elok. Ada busuknya. Sama macam anak-anak Mahathir.

Mujahid ada mengatakan pengamal LGBT adalah dosa masing-masing. Dosa si pelaku dengan Tuhannya. Sedangkan ia bercanggah dengan ramai pendapat. Jika kubur masing-masing, seronoklah pengamal LGBT di Malaysia. Walhal ia  memerlukan peranan masyarakat. Belum lagi kita sentuh isu syiah. Semalam, pengikut ajaran Ahmadiah bebas dimahkamah. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor kalah! Sama seperti kalahnya mereka apabila terpaksa memulangkan arak (dijual dikawasan majoriti Islam) yang dirampas. Pemimpin PAS yang dipecat Hassan Ali ada ceritanya. Mujahid, inilah gunanya kerajaan untuk menjaga rakyatnya. Kenapa tak ambil iktibar sejarah kaum Nabi Luth misalnya?

Kesimpulannya :

Adakah Nazif buat silap pada masyarakat?

Adakah pengeluar arak mendapat pahala?

Adakah menteri agama hari ini sedang meliberalkan Malaysia?


Demikianlah Artikel Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa

Sekianlah artikel Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anak Najib, Mahathir dan Yusof Rawa dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2018/07/anak-najib-mahathir-dan-yusof-rawa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :