KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU

KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU - Hallo sahabat WAH KABAR, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Aneh, Artikel Artist, Artikel Berita, Artikel Celebrities, Artikel Gossip, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Singapore, Artikel Socialita, Artikel Today, Artikel Unik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU
link : KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU

Baca juga


KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU


Hasrat DAP adalah mahu memastikan MCA terkubur selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada Mei lepas. Namun MCA masih kuat berdiri bahkan akan menjadi mimpi ngeri buat DAP.


Memetik kenyataan Naib Presiden MCA, Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, DAP hari ini dilihat cukup 'prihatin' apabila banyak membicarakan tentang parti MCA berbanding perihal kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 6 bulan pemerintahan.

Ti Lian Ker
Kenapa Kit Siang tidak berminat membicarakan tentang kelembapan ekonomi negara, kelemahan ringgit, ketidaktentuan pasaran kewangan, peningkatan kos sara hidup, peluang pekerjaan dan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto Buku Harapan.

Bahkan Kit Siang juga gagal dalam meredakan ketegangan kaum yang kian meningkat, tambahan pula dengan kenyataan-kenyataan 'sarkas' Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan. Hidup Kit Siang seperti hanya untuk memperlekehkan MCA yang disifatkan sebagai 'parti nyamuk'.

Kit Siang sebenarnya sedar mengenai kekuatan dan keupayaan MCA. Lihat saja sekutu DAP iaitu PKR yang kini memiliki jumlah kerusi paling banyak dalam PH. Walhal pada pilihanraya pada tahun 2004, mereka hanya memenangi satu kerusi sahaja.

Ya, MCA kini berada dalam situasi yang sukar. Namun ia tidak bermakna MCA putus asa dalam perjuangan. Perjuangan MCA tetap diteruskan biarpun tidak memiliki kerusi sekalipun!

MCA akan meneruskan apa yang diperjuangkan selama ini dan memastikan sistem dua parti (kerajaan dan pembangkang) akan berjalan dengan baik. Semak dan imbang akan diperhebatkan. Barangkali DAP lupa bahawa mereka kini berada di pihak kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Ti sempat membangkitkan satu persoalan.

Kenapakah Kit Siang dan DAP hanya membisu daripada membicarakan tentang skandal besar sepertimana yang mereka kritik regim Tun Mahathir suatu masa dulu?



Bukankah dulu DAP menggelarkan Tun Mahathir sebagai diktator, Perdana Menteri yang paling korup dalam Malaysia, terlibat dengan skandal-skandal mega serta memiliki kehidupan serba mewah?

Ti hari ini tampil mengeluarkan kenyataan medianya selepas 'diserang' oleh veteran dan Penasihat DAP Lim Kit Siang (bapa kepada Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng).


Sebelum ini Kit Siang mempersoalkan MCA kenapa tidak mengkritik mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu syarikat pelaburan strategik negara 1MDB.

Ti menegaskan bahawa sistem perundangan perlu dipatuhi dan dihormati. Lagipun, kes 1MDB masih dalam proses perbicaraan, belum ada sebarang keputusan mahkamah.

5 Disember 2018

Kredit PRU15


Demikianlah Artikel KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU

Sekianlah artikel KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KENAPA MCA TAK SERANG NAJIB ISU 1MDB? RESPON INI BUAT DAP TERKEDU dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2018/12/kenapa-mca-tak-serang-najib-isu-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates: