Judul : Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri
link : Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri
Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri
1. Sekarang semua pemimpin PH gelisah dan takut pada bayang-bayang sendiri. Bila kena 'attack', mereka akan kerah apa yang ada untuk menegakkan benang basah. Sebelum ni ada menteri yang guna kepala surat kementerian untuk main politik peribadi. Kali ini, mereka guna kakitangan aka penjawat awam untuk membela mereka.
2. Celah mana pelabur lari masa zaman DSN jadi PM? Di Asia, Malaysia berada di tempat ketiga selepas China dan India, yang menerima kemasukan dana asing setakat tahun ini (zaman Najib dan BN menjadi kerajaan) sebanyak RM3.4 bilion.
3. Pelabur asing mula lari lepas 9 Mei 2018 iaitu selepas bermulanya PH jadi kerajaan. Setakat hujung tahun 2018 sebanyak RM10.57 bilion pelabur asing lari dari Malaysia.
4. Salah Najib dan BN juga? BELIAU kau!
5. Ya Najib memang tengah fokus pada kes yang sedang dihadapinya. Dah kata pembelian2 sebelum ini adalah untuk pembesar negara luar. Bertukar hadiah itu budaya mereka. Najib bagi hadiah pun, manfaat dia pada rakyat. Kau rasa Arab Saudi suka suki nak bagi kouta haji tambahan kepada Malaysia kalau tak ada hubungan akrab pemimpin? Tengok sekarang berapa je kouta haji? Dah tak macam dulu. Sebab apa? Baru memerintah PH terus tutup Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman. Busuk hati sungguh! Terbaru, peguambela Najib gesa pendakwaraya segera bawa balik Jho Low ke Malaysia. Cepatlah sikit. Sebelum ni pemimpin PH kata tahu sangat mana Jho Low. Sembang kari. Kau nak penjarakan Najib ke tak ni??? Seriuslah sikit buat kerja. Oh ya, jangan lupa baca balik kenyataan saksi-saksi di mahkamah. Kau 'budak law' mesti tahu.
6. Pasal bos dia kononnya hanya makan sekali sehari pun nak cerita. Kau ikut dia 24/7 ke? Apa jaminan kau yang dia tak keluar untuk meeting sulit? (Tolong jangan terbayangkan 'meeting' di Sandakan). Teringat cerita anak Menteri Kewangan DAP yang kata apak dia tak tidur. Kononnya kerja kuat sampai 'tertidur' dalam Dewan Rakyat. Eh gambar atuk dia Lim Kit Siang pun ada tidur.
7. Juga kononnya boss dia hanya meeting dekat tempat biasa, menginap hotel biasa eh puak PH ni memang hebat main wayang ke apa? Teringat adegan adegan titisan air mata. Dengan harapan rakyat akan simpati? Kehidupan rakyat sendiri sengsara, ada PH simpati? Sibuk dengan kereta terbang dia.
8. Setuju dengan hashtag anti pemimpin rasuah. Jangan lupa hashtag skandal terowong dan banglo :)
9. Alang-alang dah tengok posting DSN, komenlah sekali. Jangan malu-malu.
10. Nak 'jilat' (backup) bos pun biarlah cerdik. Soalan DSN jangan buat-buat tak nampak. Simple je. BERAPA PELABURAN YANG DI BAWA MASUK KE MALAYSIA? Keliling dunia pakai duit rakyat pembayar cukai tu taw.
Demikianlah Artikel Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri
Sekianlah artikel Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Staff menteri PH dikerah balun @NajibRazak tapi makan diri sendiri dengan alamat link https://wahkabar.blogspot.com/2019/09/staff-menteri-ph-dikerah-balun.html